12 Sikap Wanita Yang Lelaki Kurang Suka.

Wahai wanita jom ketahui antara sikap anda yang sebenarnya lelaki kurang minat..

1. Sering bergossip.

Bukan sahaja bergossip tentang selebriti, tetapi segala hal daripada tentang jiran, rakan, musuh, ipar duai semuanya mahu dijadi bahan gossip. Apabila berjumpa bergossip, whatsapp pun mahu bergossip, tak cukup dengan itu, call pun boleh sampai berjam-jam lamanya.



2. Makan makanan daripada pinggan si dia.

Lelaki amat pantang jika anda mengambil sebahagian makanan daripada pinggan mereka di restoran. Contoh, jika anda sebenarnya tidak mahu diet dan mahu menikmati burger atau kentang, order sahaja makanan tersebut. Apabila teman lelaki atau suami anda order makanan tersebut, tahu pula terliur.

3. Mengemas barang yang berselerak.

Bagi mereka yang telah berkahwin, sebahagian daripada wanita akan memiliki suami yang suka dengan barang yang berselerak. Rak kasut telah disediakan, tempat meletak kunci sudah digantung, tetapi semua barang-barang itu pasti diletakkan di tempat yang berlainan.



4. Sentiasa keluar malam.

Lelaki tidak berkenan dengan gadis yang sering keluar hingga lewat malam. Khuatir tidak pandai jaga diri.

5. Memakai pakaian yang tidak bersesuaian.

Tidak perlu sentiasa memakai kasut tinggi hanya untuk memikat si lelaki. Pakai sahaja apa yang anda selesa.

6. Terlalu banyak barang sehingga tiada ruang.

Wanita memang terlalu banyak barang yang mahu disimpan, baju, barang mekap, penjagaan diri. Semua rak penuh dengan barangan wanita sehingga tiada tempat untuk si suami menyimpan barang.



7. Terlalu banyak bahasa kiasan.

Jika anda lapar, bagitahu sahaja anda lapar dan mahu ke restoran tersebut. Tidak perlu tanya pada si dia “Awak lapar tak?”, “Awak nak pergi tak kedai tu?”. Lelaki tidak faham bahasa kiasan sebegini.

8. Menangis tanpa sebab.

Wanita memang gemar menangis tanpa sebab kerana gagal mengawal emosi. Lelaki akan merasakan ini adalah perangkap supaya mereka berasa simpati, tetapi jika terlalu kerap terjadi, ia akan mengurangkan rasa kepercayaannya.

9. Mengambil masa yang lama untuk bersiap.



10. Gemar bertanya soalan bertubi-tubi.

“Saya gemuk tak?”, “Cantik tak baju ni?”, “Warna mana yang cantik?”

11. Melibatkan orang lain dalam pergaduhan.

Apabila anda berdua bergaduh, jangan libatkan sahabat baik untuk membetulkan keadaan. Hanya anda berdua sahaja yang boleh mengubah keadaan tersebut.

12. Gemar membetulkan pakaian dalam di tempat awam.

Oppss. Tanpa anda sedar, anda sentiasa menarik tali bra kerana tidak selesa. Jangan buat begitu, kerana ia agak kurang manis ya.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen