Cara-Cara Untuk Bersabar Dengan Wanita Yang Kuat Merajuk.

Rajukan wanita sering memerangkap si lelaki. Mahu memujuk terus pasti akan bergaduh, jika dibiarkan dikatanya tidak sayang. Pening lelaki mahu memikirkan sikap wanita yang begitu merumitkan. Untuk wanita, tidak perlu merajuk lama-lama, nanti lelaki akan cepat bosan.

Jadi jom ketahui cara-cara untuk bersabar dengan wanita yang kuat merajuk ini..



1. Ketahui sebab si dia merajuk.

Lelaki jangan pula terus meninggalkan wanita dengan rajukan yang berpanjangan. Apa kata anda ketahui apakah sebab sebenar si dia merajuk? Adakah ia salah anda sendiri? Atau perkara lain? Ingat wanita merajuk semua bersebab, atau anda membuat lawak tidak kena dengan moodnya?

2. Jangan ambil hati.

Jika si dia sudah merajuk, jangan pula anda sebagai lelaki merajuk sekali dengan si dia. Jika wanita tidak matang, jangan anda terikut sekali menjadi tidak matang. Jadi, lelaki perlu bijak memanipulasi emosi wanita ini. Lelaki yang gentleman pasti tahu untuk mengatasi masalah ini, bukan?



3. Menghargai si dia.

Perkara yang terbaik untuk dilakukan ketika si dia merajuk adalah, memuji kebaikan yang si dia sering lakukan pada anda. “Ingat tak dulu, kalau saya sakit awak selalu hantar makanan kat rumah saya?”, atau “Kalau saya lapar, awak selalu masak makanan kegemaran saya?”, “Ke awak nak saya masakkan untuk awak?”

Kata-kata yang positif sebegini, pasti  akan merubah mood si dia.



4. Jangan mengungkit.

Jangan lah sesekali mengungkit kisah silam antara kalian berdua, lebih-lebih lagi perkara buruk yang bakal menyakitkan hati si dia kembali.  Lebih baik anda berdiam diri ya, jika anda mencurah lagi minyak di api pasti lagi isu merajuk ini bertambah marak besarnya. Lebih baik anda memikirkan cara-cara untuk memujuk.

5. Luahkan kata cinta.

Si dia lah insan yang melengkapi hari-hari anda, maafkan sikap merajuk si dia dengan ungkapan ‘I love you’ atau pelukan mesra. Jangan pernah serik untuk memujuk, jika tidak pandai meluahkan cukuplah dengan meninggalkan nota ringkas tentang cinta, pesanan ringkas melalui whatsapp. Atau video call?



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen