Bercinta Ketika Umur 30, Bagaimana Untuk Bercinta Dengan Matang?

Tidak semua orang mempunyai peluang untuk bercinta ketika usia yang muda. Mereka lebih memilih untuk meluangkan masa bersama ibu bapa dan rakan-rakan. Terjentiknya hati ketika usia 30-an untuk bercinta, pasti menyulitkan kerana merasakan diri sudah terlalu tua untuk bercinta.

Tidak salah untuk bercinta ketika di usia 30-an tetapi perlu lah dengan cara yang betul..



1. Luaskan pergaulan dengan orang yang lebih tua.

Untuk menjadi lebih matang, luaskan pergaulan anda dengan orang yang lebih tua, dewasa dan matang dari fikiran anda sendiri. Jika berkawan dan bertukar pendapat hanya dengan rakan sebaya sahaja, khuatir anda terlalu selesa dengan kelompok tersebut dan sukar untuk menerima nasihat yang lebih tua.

2. Mengubah gaya text mesej.

Anda sudah pun menginjak ke usia 30-an, jangan pula mahu bercinta seperti budak sekolah dan sering mengajukan soalan dengan gaya kebudak-budakan seperti “awak sudah makan?”, “alaaa..malam ni makan apa pula?”, “awak betul ke sayangkan saya ni?”, atau terlalu ekstrem “nanti nak anak berapa orang ya?”

Cuba untuk berbual dengan lebih dewasa supaya pasangan tidak jemu dengan anda.



3. Kesilapan mematangkan kehidupan.

Jika kita belajar daripada kesilapan dahulu, ia pasti akan mematangkan fikiran seseorang, seperti orang tua pernah berkata  pengalaman mematangkan seseorang. Setiap orang pasti mengalami pengalaman yang berbeza.

Cuba muhasabah diri dan ingat kembali apa kesalahan dan kesilapan yang kita telah lakukan dengan cinta kita dahulu.

4. Tidak perlu berkepit 24 jam.

Anda mahu kan pasangan anda 24 jam, call setiap malam, whatsapp setiap minit. Ingat perbuatan ini hanya mengundang pasangan untuk berasa rimas dan rasa terkongkong. Ia seperti terlalu clingy atau belangkas.



5. Penampilan yang lebih dewasa.

Kalau dahulu,kita mungkin tidak mengendahkan penampilan kita setiap kali keluar bersama terutamanya lelaki, dengan memakai t-shirt round-neck yang bercorak ditambah dengan jeans koyak di bahagian lutut, memang selesa tetapi apa salahnya jika bergaya sesekali. Bagi wanita pula, cuba berpakaian lebih sopan dan menutup aurat.

6. Bijak menilai perkara yang serius.

Kita sering terbawa-bawa perangai dan sikap semasa kecil iaitu sentiasa inginkan gelak dan bergembira dalam bercinta.Ya, tidak dinafikan semua orang inginkan kecerian yang diriingi gelak tawa dalam perhubungan tetapi anda perlu menjaga batasnya. Anda perlu tahu bahawa ada masanya untuk bergembira dan adanya untuk menjadi lebih serius dalam bercinta.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen