“Kita Kenal Tak Lama Sekejap Je Dah Nikah, Itu Lah Jodoh..” Kisah Siti Sarah Dan Shuib.

Romantik dan tak pelik bila penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 33, nampak cukup bahagia dengan kehidupannya bersama pasangannya, Shuib. Sarah yang berkongsi menerusi Instagram detik perkenalannya sebelum mengambil keputusan berkahwin dengan Shuib, membuatkan ramai netizen rasa terharu dan sebak.

Ikuti perkongsiannya...



“Kita kenal tak lama sekejap je dah nikah, itu lah jodoh.. masa nak nikah tu I ingat lagi u job pun tak berapa nak ada. Kadang risau jugak tapi u bukan lelaki yang jenis tunggu job, ada je benda yang u nak buat untuk dapatkan rezeki…

Ingt lagi u sanggup keje jual ayam percik kat baza Ramadan masa tu ramai yang cakap masa tu kenapa dia .?!?!? Takkan kau nak kawin dengan Shuib??? Terus terang I tak de jawapan tuk itu.. cuma jawab dalam hati je la, yang tahu shuib tu aku sampai ada yang kata shuib pakai ilmu guna-guna hahahahha..

Sekarang syukur Alhamdulillah... berkat hasil usaha u, org macam u ni Insyaallah rezeki banyak. Kerja tak mengelat... tak pandai curi tulang... tak suka burukkan orang... buat kerja bersungguh kalu tak tahu akan cari tau.. berkongsi rezeki dengan keluarga (tak kedekut)..



Moga perkawinan kita ni diberkati dirahmati dipermudahkan. Setiap perkahwinan itu pasti ada dugaan... tapi saya sangat bersyukur, terlalu ramai yang mendoakan kami... syukur syukur syukur dan terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kamu semua…”

Haaa... itu dari luahan daripada Siti Sarah, kita tengok pula sisi romantik si Shuib ni. Punyalah, bahagia! Elok sangat kaum lelaki menghargai isteri macam ni tau...

Bukan itu sahaja, Shuib ni suka mengusik Sarah dan ini ucapan comel buat isterinya seperti di instagram..

Semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke Jannah! Aamiinn...



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen