Punca Utama Mengapa Wanita Mudah Memaafkan Tetapi Sukar Melupakan.

Saat menghadapi pergaduhan dengan pasangan, wanita seringkali menjadi seorang yang pemaaf dalam apa keadaan sekalipun. Manakala lelaki lebih mudah melupakan apa yang berlaku walau mereka sukar memaafkan. Namun perlu diingat walaupun wanita sanggup memaafkan, wanita sukar untuk melupakan apa yang telah mereka alami.

Jadi, apakah punca utama wanita mudah memaafkan tetapi sukar melupakan berbanding lelaki?



1. Emosi menguasai memori.

Menurut kajian, wanita memiliki ingatan yang lebih kuat berbanding lelaki. Jika lelaki memiliki 60 peratus ingatan, wanita pula mempunyai 75 peratus memori. Oleh kerana itu, wanita cenderung sukar melupakan kenangan atau peristiwa yang sedih, kemarahan atau bahagia.

Jadi ia cukup menjelaskan wanita sememangnya cukup peka dan sukar melupakan peristiwa yang melibatkan perasaan dan emosi.

Memori wanita menunjuk tindak balas yang sangat memberangsangkan tatkala berfikir, berbicara dan melihat sesuatu yang melibatkan perasaan. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan sistem otak wanita berfungsi dengan lebih baik dalam menguruskan emosi berbanding lelaki.



2. Sukar mengikis kenangan.

Menurut kajian dari University of Stony Brook, ia menjelaskan wanita turut memiliki otak bersifat memori autobiografi yang membuatkan mereka sukar untuk mengikis atau melupakan sebarang kenangan yang memedihkan malah menyakitkan hati mereka.

Lalu ia memberikan kesan besar pada diri mereka. Manakala lelaki pula tidak mudah dikuasai oleh emosi meskipun mereka memiliki ingatan kuat tentang peristiwa yang menimpa diri mereka.

Situasi ini bukan sahaja membuatkan wanita sukar melupakan apa yang terjadi ke atas diri mereka tetapi ia turut menjadi punca kemurungan. Oleh kerana itu wanita lebih stress berbanding lelaki hanya kerana memikirkan memori buruk ini yang menyebabkan kemurungan.



Bahkan, sebahagian otak wanita memiliki peredaran darah yang lebih tinggi termasuk bahagian yang mengawal bahasa dan perbuatan sehingga membuatkan mereka memiliki ingatan yang cukup tajam dalam mengingati kisah pahit dalam hidup.

3. Mempunyai hormon estrogen yang lebih tinggi.

Satu lagi faktor yang membuatkan wanita sukar melupakan sesuatu kejadian ialah paras hormon estrogen yang tinggi. Kajian menunjukkan hormon estrogen berupaya mengaktifkan saraf dan meningkatkan peredaran darah ke otak. Kadar estrogen yang tinggi secara tidak langsung meningkatkan memori dan proses pembelajaran sehingga menyukarkan wanita untuk melupakan sesuatu peristiwa.

Oleh itu pasangan perlulah saling memaafkan dengan ikhlas dan jangan sesekali menganggap kata maaf itu satu mainan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen