Rahsiakan 4 Perkara Ini Daripada Pasangan Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Ketika dalam hubungan percintaan ini tidak semua perkara anda perlu kongsi dengan pasangan anda. Terutama jika ia melibatkan maruah ahli keluarga, ataupun maruah diri kamu. Jujur itu sememangnya penting dalam perhubungan namun, tidak semua perkara perlu kamu dedahkan kepada dirinya selagi kamu dan dirinya belum mempunyai ikatan yang sah. Ia bukan kerana apa, kerana ditakuti pasangan kamu akan memandang rendah terhadap diri kamu. Bukan itu sahaja, mungkin pasangan kamu akan mengambil kesempatan ke atas diri kamu.



1. Sejarah hitam.

Tidak semua orang mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya dan tidak semua orang akan faham apa yang anda telah lalui. Pasangan anda juga belum tentu boleh menerima kisah silap anda. Jadi adalah lebih baik jika anda hanya merahsiakan perkara ini sahaja tanpa pengetahuan si dia. Ia adalah demi menjaga maruah anda dan juga menjaga hubungan anda.

2. Bekas kekasih.

Kisah mengenai bekas kekasih ini biasanya tak akan habis jika diceritakan dan diterangkan. Lagi-lagi perkara yang anda pernah lakukan bersama berkas kekasih, ia pasti akan menjadi satu bahas yang panjang hingga menyebabkan hubungan anda mengalami masalah. Jadi cuba rahsiakan siapa bekas kekasih anda dan apa perkara-perkara yang pernah anda lakukan bersamanya terdahulu.


3. Kewangan anda.

Selagi seseorang itu masih belum sah menjadi isteri atau suami anda, segala kewangan anda adalah lebih elok jika dirahsiakan. Hal ini adalah untuk mengelakkan pasangan anda tidak jujur ketika berada di samping anda. Mungkin juga mereka ini akan mengambil kesempatan atau memandang rendah terhadap anda selepas mengetahui status kewangan anda.

4. Kelakuan keluarga anda.

Di dalam ahli keluarga ini sudah pasti ada yang mempunyai perangai tidak sepatutnya. Jadi anda jangan pernah sesekali meluahkan rasa hati pada pasangan anda. Adalah lebih elok jika anda hanya menyimpannya sendiri. Hal ini kerana, untuk mengelakkan pasangan anda memandang serong terhadap ahli keluarga anda.

Bukan tidak elok untuk berlaku jujur tetapi ketahuilah bahawa hubungan anda dengan dirinya masih lagi dalam percintaan bukannya telah sah menjadi suami isteri. Jadi keaiban dan maruah keluarga serta diri sendiri adalah lebih penting.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen