Ciri-Ciri Wanita Yang Baik Untuk Dinikahi Menurut Islam.

Terdapat banyak ciri-ciri wanita telah disebutkan, baik dalam firman Allah SWT (Al-Qur’an), sabda Rasulullah SAW (Hadits) maupun kitab-kitab para ulama. Berikut beberapa ciri wanita yang baik untuk dinikahi menurut Islam, diantaranya:



1. Solehah.

Wanita yang taat menjalankan ajaran agamanya, memiliki akhlak mulia serta mampu menjaga dirinya dari perbuatan tercela (maksiat). Sebagaimana telah disebutkan dalam Al-Qur’an:

“Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya..” (An-Nisa’:34)

2. Bersifat keibuan dan Subur.

Seelok-eloknya memilih wanita yang penyayang, subur dan mampu untuk melahirkan anak kerana untuk menyambung warisan dan zuriat. Wanita yang penyayang sudah tentu memiliki ciri-ciri keibuan dan mampu untuk menjaga anak yang ramai. Seperti Rasulullah SAW bersabda;

“Nikahilah wanita yang penyayang dan subur kerana aku berbangga dengan banyaknya umatku pada hari kiamat.” (HR. Abu Dawud, senada dengan An Nasa’i dan Ahmad)



3. Baik nasabnya.

Keturunan yang baik dan mengikut syarak Islam. Semua ahli keluarganya memang berasal daripada keluarga yang baik dan taat pada perintah Allah SWT. Perkara ini dianjurkan kerana inginkan zuriat yang baik pada masa hadapan.

4. Baik budi pekerti.

Wanita yang memiliki akhlak mulia dalam perbuatan dan tutur kata. Wanta ini juga mampu menjaga dan menghindarkan dirinya dari perkataan serta perbuatan yang boleh merendahkan martabat sebagai seorang muslimah.



5. Bukan dari kerabat dekat.

Sepupu atau saudara terdekat seperti adik-beradik ibu atau bapa yang mempunyai anak kandung mereka.  Meskipun sepupu halal untuk dinikahi, namun tidak dianjurkan kerana tidak dapat memperluaskan tali persaudaraan antara umat islam yang lain.

6. Ringan maharnya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baiknya wanita adalah wanita yang cantik parasnya dan murah maharnya.” (HR. Ibnu Hibban dari Ibnu Abbas r.a)



7. Sekufu.

Sedarjat atau setaraf. Ciri-ciri wanita seperti ini dianjurkan kerana kelak anda dan pasangan tidak mudah diperlekeh atau diperkecilkan. Ia adalah untuk pasangan tidak mengungkit masa silam jika berlaku pergaduhan.

8. Cantik.

Cukup jika si lelaki memandangnya dengan hati dan perasaan yang bahagia. Sedap dan sejuk mata memandang, malah ahli keluarga juga suka melihatnya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen