Nak Kelihatan Cantik Pada Hari Raya? Mata Lelaki Mudah Kesan Jika Anda Melakukan 6 Kesilapan Ini.

Pada hari raya sudah tentu wanita lah yang paling sibuk untuk melawa dengan baju baru, barang mekap baru, barang dapur baru, malah dengan perabot baru. Wanita tidak mahu kalah dengan penampilan yang dapat menarik perhatian orang ramai terutama pasangan mereka, sama ada suami atau pun teman lelaki.

Namun wahai wanita, jangan pula anda lakukan kesilapan ini, kerana lelaki mudah ternampak jika anda…



1. Menggunakan minyak wangi yang berlebihan.

Jangan sesekali menggunakan minyak wangi yang berlebihan sehingga orang jauh di luar rumah juga dapat kenal ia adalah bau anda. Malah bau tersebut melekat ketika bersalaman dengan sanak saudara sehingga sakit pula hidung baunya.

2. Mekap yang bercapuk.

Trend terkini bukan sahaja wanita mahu menggunakan foundation untuk menutup cacat cela, malah termasuk dengan concealer juga. Malaysia ni negara yang tidak tentu cuacanya, jika ketika perayaan musim panas, anda pula jenis cepat berpeluh, sudah tentu mekap anda bercapuk. Malu lah jika pasangan anda menegur, jadi anda perlu bijak menggunakan barang mekap yang bersesuaian.



3. Eye shadow yang terlalu berkilau.

Atau dipanggil glittery. Anda mahukan penampilan anda sentiasa on top. Jadi, anda meletakkan glittery yang berlebihan sehingga ia nampak pelik, sudah tentu ia akan menjadi bahan lawak untuk sesiapa sahaja. Bersederhana sahaja sudah cukup.

4. Maskara dan eyeliner yang tidak kemas.

Pernah anda melihat jika anda bangun tidur atau tangan tersentuh bahagian mata, kesan hitam dibawah mata itu sangat menakutkan. Itu lah mimpi ngeri setiap wanita kerana mascara dan eyeliner telah bercampur sehingga nampak seperti mata panda atau hantu. Hehe. Lelaki juga takut untuk melihatnya.



5. Kulit dan bibir kering.

Jika anda menggunakan mekap yang tebal tanpa meletak pelembab berkemungkinan besar mekap anda akan bercapuk ya. Hati-hati. Selain daripada itu, bibir yang kering juga mampu menarik perhatian lelaki, jadi rajin kan diri untuk melembabkan bibir juga.

6. Nafas berbau dan gigi yang kekuningan.

Alamak, sudah tentu ini juga mimpi ngeri bagi wanita. Jangan terlalu asyik minum air manis atau berkafein pada hari raya nanti, mulut mudah berbau.. gigi juga nanti kekuningan. Rajin-rajin minum air kosong yang banyak, dan jaga lah nafas mulut dan gigi.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen