Bagaimana Mahu Menjadi Pasangan Yang Setia Mendengar?

Mahu lelaki atau wanita, masing-masing memerlukan pasangan yang mampu mendengar luahan hati mereka dengan setia. Hanya mendengar tanpa bantahan, dan apabila memerlukan nasihat, ketika itulah kita harus berkata-kata.

Jadi, adakah sukar untuk kita menjadi pendengar setia? Jom kita lakukan…



1. Memberi sepenuh perhatian.

Walaupun isu yang dibangkitkan membosankan mahupun tidak relevan, gagahkan diri anda untuk memberikan tumpuan setiap patah perkataan yang keluar dari bibirnya. Hentikan segala apa yang tengah anda lakukan dan dengarlah dengan penuh teliti.

2. Jangan mencelah.

Ini pula merupakan langkah yang wajar anda jauhi. Elakkan dari mencelah sesuka hati ketika si dia sedang asyik berbicara mengenai sesuatu. Jika anda lakukan, pastinya si dia akan merasakan anda sangat menjengkelkan.




3. Bertentang mata.

Untuk menjadi pendengar setia, anda perlulah bertentangan mata supaya ia tidak kelihatan seperti anda tidak menumpukan perhatian pada si dia. Pasti si dia seronok untuk meluahkan perasaan ketika ini.

4. Bertanyakan soalan.

Tanda anda menumpukan perhatian pada si dia apabila anda mula menanyakan soalan yang berkaitan dengan isu luahan hati tersebut. Jika anda mengajukan apa-apa soalan, si dia pasti tahu yang anda berminat dan akan bertambah 'mood' untuk menceritakan dengan lebih lanjut.




5. Memberi pendapat.

Pastikan anda memberi pendapat yang bernas dan positif ketika si dia sudah pun meluahkan perasaanya. Seperti point nombor 2 iaitu anda jangan mencelah memberi pendapat ketika luahan hati si dia. Dan jangan pula anda membuat lawak ketika ini ya!

6. Ekspresikan emosi.

Anda juga perlu bijak bermain dengan ekspresi wajah mengikut kesesuaian jalan ceritanya.  Jika hal yang dibincangkan itu menyedihkan, mainkan emosi anda mengikut mood yang bersesuaian. Anda tidak perlu berpura-pura atau mengajuk-ajuk dengan ekspresi yang menjengkelkan.




7. Ulang luahannya.

Anda harus menjadi kreatif untuk mengulangi segala luahan hatinya dalam kata-kata yang positif. Ini menunjukkan anda tahu apa yang si dia bicarakan dari mula hingga ke akhir ayat. Jadi, selepas si dia cakap, luahkan balik apa yang dibicarakannya sambil memberikan pandangan atau cadangan.

8. Jangan berkata-kata ketika masalah itu melibatkan diri anda.

Lebih baik anda berdiam diri dan dengar penuh teliti . Dengar sahaja yang si dia katakan dan beri respon apabila dia inginkan jawapan. Biarkan si dia luahkan segala yang terbuku. Dengan cara sebegini akan membuatkan si dia lebih reda dan tenang kerana perasaan marah itu akhirnya berjaya dikeluarkan.

Selamat Mencuba!




Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen