Cara-Cara Mendekatkan Diri Dengan Jodoh Menurut Islam.

Sebagai muslim yang terlalu khuatir apabila sukar bertemu jodoh, mari ikuti cara dibawah agar diredhai Allah SWT..

1. Berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah SWT.

Allah berfirman :

“…..Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul…” (Al-Baqarah:186)



2. Memperbaiki diri kerana Allah SWT.

Ramai yang mengatakan bahwa “jodoh kita adalah cerminan dari diri kita sendiri”. Maka dari itu, tidak ada salahnya dan dianjurkan untuk berusaha memperbaiki diri dan memohon semoga Allah mendatangkan jodoh kita.

3. Bertaqwa kepada Allah SWT.

Jika kita terlalu runsing mengapa sukar bertemu jodoh, maka bertaqwa la kita kepada-Nya kerana jodoh merupakan salah satu rezeki dari Allah SWT. Rezeki yang tidak ternilai harganya seperti telah disebut dalam surah At-Talaq, ayat 2 hingga 3.



4. Berzikir.

Salah satu keutamaan dari berzikir adalah membukakan pintu-pintu rezeki. Mungkin saja dengan berzikir, salah satu pintu rezeki yang dibukakan oleh Allah adalah kemudahan untuk bertemu dengan jodoh kita dan kelancaran untuk menuju ke alam perkahwinan.

5. Sentiasa beristighfar.

“Barang siapa memperbanyak istighfar; nescaya Allah memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka”  (HR. Ahmad dari Ibnu Abbas dan sanadnya dinilai sahih oleh al-Hakim serta Ahmad Syakir).



6. Meminta doa daripada ibu bapa.

Meminta doa daripada ibu bapa adalah salah satu jalan terbaik untuk mendekatkan jodoh kerana doa ibu bapa adalah salah satu doa yang tidak akan tertolak. Mintalah mereka berdoa agar kita diberi kemudahan dalam menemukan pasangan hidup dan kelak mendapatkan pasangan hidup yang baik.

7. Meminta pertolongan daripada Ustaz.

Jika kita kesulitan mencari pasangan hidup secara sendiri, maka mintalah seseorang yang mahir dalam agama seperti para Ustaz atau para ulama’ untuk dicarikan jodoh bersesuaian. Berikanlah kriteria yang kita inginkan kepada orang tersebut. Proses yang akan berlangsung ini dinamakan dengan  ta’aruf.



8. Rutinkan Tahajud

Salah satu waktu mustajab berdoa adalah pada waktu sepertiga malam. Dalam usaha mendekatkan jodoh, rutinkanlah solat tahajud dan berdoalah dengan sungguh-sungguh mengenai keinginan kita untuk dipertemukan dengan pasangan hidup kita.

9. Jauhi berdua-duaan.

Dari Abu Hurairah RA. , Rasulullah SAW bersabda;

“Setiap anak Adam telah ditakdirkan bahagian untuk berzina dan ini sesuatu yang pasti terjadi, tidak bisa tidak. Pertama zina mata adalah dengan melihat. Zina kedua telinga dengan mendengar. Zina lisan adalah dengan berbicara. Zina tangan adalah dengan meraba (menyentuh). Zina kaki adalah dengan melangkah. Zina hati adalah dengan menginginkan dan berangan-angan. Lalu kemaluanlah yang nanti akan membenarkan atau mengingkari yang demikian.” (HR. Muslim no. 6925)



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen