Apakah Punca Isteri Hilang Hormat Kepada Suami, Pada Zaman Sekarang?

Sebagai ketua keluarga, menjadi seorang suami dan bapa kepada anak-anak bukan mudah pada zaman sekarang. Semakin berkembang teknologi disekeliling kita dan mudah untuk digunakan, semakin sukar pula untuk mengawal tingkah laku seseorang tersebut.

Perderan semasa juga menunjukkan perubahan perilaku seseorang yang tidak sama seperti zaman dahulu. Peratusan perceraian dikalangan mereka yang telah berkahwin juga semakin meningkat. Gejala ini seperti tidak dapat dibendung lagi.



Maka tercetus lah si isteri mula hilang hormat pada si suami. Punca-punca utama yang dapat kita lihat..

1. Tingkah laku suami yang berulang-ulang.

Si isteri menjadi semakin muak dengan tingkah laku suami apabila selesai sahaja kata maaf diungkap tetapi masih juga melakukan kesilapan tersebut. Si suami sering terlepas pandang pada emosi si isteri yang menganggap perkara kecil itu remeh, tetapi tidak bagi mereka.

Oleh kerana itu, si isteri yang terlalu memendam perasaan dengan tingkah laku suami akan tergoda dengan hasutan syaitan jika lemahnya iman di dada. Maka si suami perlulah persiapkan diri dengan ilmu agama yang secukupnya supaya dapat mendidik isteri dan menjadi ketua keluarga yang beriman.



2. Suka menilai pada tahap tidak realistik.

Zaman sekarang si isteri suka menilai suaminya sendiri dengan lelaki-lelaki yang mereka anggap sebagai pengaruh yang lebih baik untuk dirinya mahu anak-anak. Sama ada tokoh yang berkaliber, para ulama’, ustaz atau ahli perniagaan yang cukup hartanya.

Harapan tinggi si isteri supaya suaminya menjadi seperti idola mereka menjadikan sesuatu perkahwinan menjadi goyah. Ingat, tiada apa yang sempurna di atas muka bumi ini melainkan Allah SWT. Si suami perlulah sentiasa memberikan tenaga, masa dan kenangan pada isteri supaya mereka tidak terpengaruh pada orang lain.



3. Si suami yang tidak pandai menghargai isteri.

Punca isteri tidak menghormati suami adalah apabila suaminya sendiri tidak bijak untuk menghargai isteri. Perkara mudah untuk diterap mahupun dipelajari oleh si suami tidak dipraktikkan. Hanya mendengar nasihat, tetapi tidak pula dibuat kepada isteri. Kenapa ia berlaku? Kerana ego dan sikap malas si suami.

Memang benar wanita itu hebat, kuat dan mampu membuat segala kerja dalam satu masa. Tetapi apa guna pernikahan antara lelaki dengan wanita, jika peranan masing-masing tidak dilaksanakan dengan sama rata? Jangan lah sehingga semua wanita mengatakan “Aku boleh berdikari tanpa lelaki”… “Aku boleh ambik anak angkat je tanpa berkahwin”

Ingat, jangan lah kita menidakkan sunnah Nabi. Suami dan isteri perlu ada kesedaran dalam diri sendiri, jika perkahwinan yang terjalin sudah lama bertahun-tahun dan semakin hambar, perlu kembali kepada asas iaitu Allah SWT.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen