Perkara Ekstrem Wanita Harus Hentikan Serta-Merta Jika Tidak Mahu Teman Lelaki Lari.

Kadang-kala wanita tidak sedar apabila melakukan perkara-perkara ekstrem ini kerana tiada siapa mahu menegur atau takut untuk menegur….

1. Dandanan rambut atau fashion tudung yang ekstrem.

Tidak perlu dandanan rambut yang sarat dengan bertocang, bersanggul. Percayalah, kebanyakan lelaki lebih suka bila wanita membiarkan rambut panjang atau pendek begitu sahaja, lembut dan bermaya, bukannya keras akibat semburan. Jika memakai tudung juga, jangan pula bersanggul yang terlalu tinggi.

2. Bermekap tebal.

Foundation digunakan untuk menyembunyikan ketidaksempurnaan, garis halus dan kecacatan. Walaubagaimanapun, ia perlu digunakan sebagai lapisan yang nipis, jika berlebihan boleh menjadikannya kelihatan seperti tepung gomak, bercapuk bahkan mencacatkan lagi penampilan.

3. Nafas berbau dan gigi kuning.

Memang kita semua merasakan ia perkara yang amat menjengkelkan apabila berbual dengan seseorang mulut berbau dan bergigi kuning.

Gigi kuning dan nafas berbau membuatkan seseorang tidak menarik. Anda harus menyedari punca masalah itu, mungkin disebabkan terlalu banyak minum kopi, merokok dan pelbagai lagi. Untuk atasinya, cuba gunakan ubat gigi pemutihan dan floss gigi setiap kali makan bagi membuang segala kotoran dan bakteria yang ada di dalam mulut.

4. Bibir hitam.

Gincu adalah alat yang hebat untuk menjadikan bibir anda lebih cantik. Tetapi berhati-hatilah, jika disalah gunakan, ianya akan membuatkan bibir anda bertambah buruk sehingga lelaki geli melihatnya.

Tips: Apabila keluar makan malam, gunakan gincu yang tidak keterlaluan warnanya. Warna gincu gelap mempunyai kecenderungan mengerikan ke gigi semasa anda bercakap atau makan dan ia bukan pemandangan yang menyenangkan bagi mereka yang melihat.

5. Haruman yang melampau.

Sentiasa berpada-pada apabila menyembur minyak wangi, kerana ia bakal menyakitkan hidung orang sekeliling.

6. Mekap di khalayak orang ramai.

Bagi lelaki, apabila melihat wanita kesayangan mereka sibuk mekap dan touch up dikhalayak orang ramai sebenarnya amat menjengkelkan. Tidak perlu anda menarik perhatian orang ramai dengan kelakuan begini. Pergi sahaja ke tandas apabila ingin touch up.

7. Kurang penjagaan diri.

Jika anda mahukan teman lelaki yang menjaga penampilan diri dan sentiasa tampak kemas, lelaki juga mahukan teman wanita yang kelihatan cantik luaran dan dalaman. Pastikan kuku yang panjang kelihatan bersih atau potong sahaja kuku menjadi kemas termasuk bulu kaki, bulu hidung, malah kaki yang berbau juga mampu membuatkan teman lelaki lari.

Kebersihan diri yang buruk tidak dapat disembunyikan dengan solekan dan pakaian yang cantik.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen