Mengapa Kita Tidak Digalakkan Untuk Berkahwin Dengan Sepupu Terdekat?

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh itu tidak kira bersama dengan siapa, sama anda jiran sebelah rumah, kawan sekolah mahupun sepupu terdekat. Namun, berkahwin dengan sepupu adalah tidak digalakkan sama sekali, mengapa? mari ketahuinya.



Tidak ada hadis atau ayat al-Quran melarang perkahwinan antara sepupu. Kalau pun ada ialah sebuah hadis ditulis dalam buku pendidikan anak oleh Abdulah Nasih Ulwan.
Dalam hadis itu penulis menyebut, tidak diketahui asal-usul hadis ini yakni sama ada ia benar hadis atau tidak.

Hadis ini menyebut, tidak digalakkan perkahwinan dengan kerabat terdekat kerana bimbang anak yang bakal diperoleh akan lemah akalnya. Sebenarnya dalam perkahwinan, yang dianjurkan ialah mencari calon yang soleh dan bertakwa.


Jika kebetulan yang soleh dan bertakwa itu dari kalangan sepupu atau saudara mara, ia tidak menjadi kesalahan. Cuma janganlah kerana sebab seperti takut keturunan dan nasab hilang maka dijodohkan sesama saudara seperti beberapa kes mereka yang ada gelaran Syed atau Wan yang hanya berkahwin dengan sepupu kerana bimbang gelaran hilang. Rasulullah SAW
sendiri mempunyai isteri yang ada kaitan hubungan sepupu dengannya.

Tidak salah jika berkahwin dengan sepupu sendiri jika si dia itu sudah tertulis akan menjadi jodoh anda sepanjang hayat. Jangan terlalu takut dan memikirkan apa yang anda tidak tahu. Hal ini kerana, perancangan Allah S.W.T adalah sebaik-baik perancang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen