Wahai Anak Perempuan, Jangan Lupa Berbakti Pada Ibu Bapa Setelah Berkahwin.

Bagaimanakah cara-cara anak perempuan untuk melayan dan membalas jasa pada kedua ibu bapa walaupun setelah berkahwin?

1. Berbakti.

Walaupun sudah bergelar isteri, anda masih lagi mempunyai tanggungjawab untuk terus menghormati, merendahkan diri, memberikan kasih sayang, menghargai dan mencurahkan bakti kepada orang tua.

Rendahkanlah dirimu terhadap kedua orang tuamu dengan kasih sayang dan katakanlah:

“Ya Tuhanku, kasihanilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka telah mengasihiku sewaktu aku kecil.” (Al Israa : 24)

2. Bantu dari segi kewangan.

Menjadi kewajipan anda sebagai anaknya untuk menyenangkan kehidupan orang tua. Apatah lagi dengan usia orang tua yang sudah lanjut, sudah tentu mereka memerlukan bantuan kewangan daripada anda untuk meneruskan kehidupan yang lebih selesa.

3. Menjaga nama baik ibubapa.

Jalani kehidupan dengan baik mengikut ajaran agama agar nama baik dan maruah orang tua tetap terpelihara, selain tidak menconteng arang ke muka mereka. Apabila anda memuliakan orang tua, pahala yang bakal anda peroleh sangat besar.

4. Tidak memutuskan hubungan silaturrahim.

Walaupun sudah berkahwin bukanlah bermaksud hubungan anda dengan ibubapa harus terhenti. Jalinkan hubungan yang baik dengan orang tua dan jangan jadi anak derhaka. Apatah lagi Allah tidak menyukai orang yang suka memutuskan silaturahim lebih-lebih lagi terhadap ibu bapanya.

5. Tutur kata yang baik.

Jagalah adab-adab ketika anda berkomunikasi dengan ibu bapa. Jangan mengherdik atau meninggikan suara dengan mereka. Sentiasalah menjaga tutur kata agar tidak melukakan hati mereka selain mengeluarkan kata-kata yang boleh menyejukkan perasaan mereka.

6. Jangan bebani ibu bapa.

Setelah berkahwin, jangan sesekali menyusahkan orang tua. Berikan yang terbaik untuk mereka menjalankan kehidupan dan ringankan beban mereka yang sudah lanjut usia. Kebaikan dan keikhlasan yang anda lakukan terhadap orang tua akan mengalirkan pahala buat anda sekeluarga.

7. Melayani ibu bapa dengan baik dan mendoakan mereka.

Walaupun sudah berkahwin, teruskan memberi layanan yang mesra dan terbaik kepada mereka. Percayalah apabila anda menyenangkan ibubapa, Allah akan menggandakan ganjaran bahagia buat anda sekeluarga. Malah kebahagiaan yang anda berikan kepada orang tua akan sama mengalir dalam diri anda juga.

Sabda Rasulullah SAW:

“Bila seorang manusia sudah meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya maka rezekinya akan terputus.” (HR Ad Dailami)

8. Bersabar dengan segala kekurangan ibu bapa.

Mereka juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Oleh itu sebagai anak perempuan, usahakanlah untuk anda bersabar dalam menangani kerenah mereka. Ini kerana sabar akan membersihkan hati anda ke arah yang lebih baik.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen