Mengapa Berat Badan Lelaki Mudah Bertambah Setelah Berkahwin?

Setelah beberapa bulan berkahwin, pasti badan pasangan akan mengembang tidak lagi seperti di awal perkenalan. Wanita juga akan berubah menjadi berisi, tetapi yang jelas ketara adalah fizikal lelaki, kerana lelaki di usia muda mempunyai metabolism yang tinggi dan sukar untuk naik berat badan.

Jom ketahui puncanya…

1. Bahagia ada isteri disisi.

Tidak lagi seperti zaman bujang dimana kerap makan sorang dan selera pun tiada. Tetapi selepas berkahwin, rasa bahagia kerana sudah ada yang menemani setiap kali makan dan membuatkan selera anda bertambah kerana anda boleh makan seberapa banyak makanan yang anda suka.

2. Dapat isteri yang pandai masak.

Beruntung badan apabila memiliki isteri yang pandai masak, dan boleh masak pelbagai makanan. Anda pula tidak mahu melepaskan peluang untuk meminta isteri masak apa sahaja.

Dan setiap resipi baru pastilah si suami yang menjadi mangsa untuk menikmati masakan tersebut. Jadi, bagaimana mahu kurus, ye tak?

3. Isteri kurang makan.

Jika makanan yang dimasak itu tidak habis dan isteri anda jenis yang makan sikit, andalah yang akan menjadi 'mangsa' untuk menghabiskannya kerana tidak mahu membazir dan menjaga hati isteri yang bersusah payah memasak untuk anda.

4. Terlalu selesa dengan penampilan baru.

Faktor selesa juga mungkin menjadi penyebab kenapa berat badan lelaki bertambah selepas berkahwin kerana mereka kurang menjaga penampilan diri dan tidak menjaga pemakanan. Alasannya, sekarang dah ada orang yang jaga, jadi apa nak kisah sangat dengan penampilan.

5. Tanggungjawab yang dipikul semakin besar.

Berbeza dengan waktu bujang dahulu, kini apabila telah ada keluarga aktiviti bersukan atau pergi ke gym terpaksa ditangguhkan kerana ‘family first’.

Perubahan dalam diri anda setelah berkahwin membuatkan jadual anda padat kerana dari pagi hingga ke petang berada di tempat kerja dan malam pula anda di rumah menghabiskan masa bersama isteri dan anak-anak.

6. Aktiviti di rumah kebanyakan isteri yang buat.

Apabila telah berkahwin, lelaki semua sangkakan urusan untuk mengemas rumah isteri yang patut lakukan. Jika si suami secara total serahkan tugasan ini pada isteri, pasti berat badan naik mendadak.

7. Tidur selepas kekenyangan.

Apabila sudah berkahwin aktiviti bersantai sambil menonton tv juga menjadi semakin seronok.

Selepas makan tentu sahaja suami kekenyangan lantas meletakkan kepala di riba isteri sambil isteri membelai manja sehingga terlena di ribaan isteri.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen