Mengapa Hubungan Anda Gagal Membuat Anda Gembira?

Oleh: Zuzu Yasmine

Hubungan berbeza untuk setiap orang, begitu juga dengan hubungan anda. Kadang tanpa kita sedar, kita adalah punca utama kehilangan rasa gembira itu. Hal ini kerana, kita tidak berpuas hati dengan tingkah laku pasangan kita, hingga menyebabkan kita tidak menikmati perhubungan kita itu. Bukan hanya itu sahaja, tetapi banyak lagi puncanya. Berikut adalah sebab mengapa anda tidak merasai kegembiraan dalam hubungan anda.



1. Tidak optimis.

Banyak perkara boleh menyebabkan anda kehilangan rasa optimis terhadap perhubungan anda. Cuba untuk berubah dan berfikiran secara berbeza terhadap pasangan anda. Hubungan bukan satu yang negatif sahaja walaupun dalam pergaduhan cuma ia perlukan sedikit positif untuk rasa bahagia.

2. Sukar memaafkan.

Orang membuat kesilapan dan kadang-kadang anda perlu memaafkannya. Berhenti memegang sesuatu di dalam hati anda, yang boleh merosakkan serta mengakhiri hubungan anda. Jika anda memutuskan untuk menamatkan hubungan anda, anda perlu melepaskannya juga. Anda tidak boleh membiarkan rasa tidak aman anda memusnahkan kehidupan orang lain.


3. Hentikan overthinking.

Cuba hilangkan segala pemikiran yang tidak perlu dalam hubungan anda. Segala pemikiran yang berlebihan itu akan menyebabkan hubungan anda bertambah keruh dan mula rasa sukar untuk bahagia.

Kebahagiaan dan kegembiraan dalam hubungan itu boleh dikecapi dengan mudah sekiranya setiap pasangan memainkan peranan yang betul dan membuang perkara yang tidak sepatutnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen