“Perkahwinan Itu Satu Rezeki, Tetapi Dengan Syarat Jaga Perintah Allah SWT..” Ustaz Ebit Lew.

Sering kali kita mendengar, jika inginkan rezeki yang murah dan dilimpahi setiap hari, permudahkan urusan perkahwinan dan jangan melambat-lambatkan pernikahan tersebut. Dan di saat itu juga lah anak muda tidak sabar untuk menjalinkan hubungan cinta dengan pasangan sehingga ke jinjang pelamin, walaupun baru sahaja berkenalan.



Mahukan pernikahan seawal mungkin hanya kerana matlamat untuk dilimpahi rezeki ternyata membuatkan anak muda seperti tutup mata tentang ilmu agama dan kekeluargaan. Jadi, jom hayati kisah dan perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew agar kita mengetahui hal sebenar yang membuatkan kita dikurnia rezeki melimpah ruah..

“Dulukan sayang, ada beberapa perkara abang nak buat tanpa sokongan dirimu perkara tersebut Allah buat tak jadi. Tapi setiap perkara yang disokong oleh dirimu semua menjadi baik dan berkat. Betulkan doa bidadari ini sangat makbul..



Walau bab pilih kereta atau kerja, suami isteri yang satu hati, satu cinta, satu matlamat, satu fikir, satu maksud mampu melakukan apa sahaja dengan izin Allah. Hilangnya kesatuan hati 'ijtamiat qulub' diantara suami isteri hilanglah keberkatan buat keluarga dan umat ini..

Sebab inilah wanita yang bersama diriku saat belum ada kerja, belum ada lesen, belum ada apa-apa. Allah jadikan doa isteri ini sangat makbul. Ramai orang rajin,hebat,pandai tapi mereka lupakan doa ibu dan doa isteri mereka. Mereka takkan kemana-mana. Dicabut rasa bahagia dalam hatinya..

Terima kasih Allah beri padaku anugerah yang teramat dan paling indah ini. Ya Allah berilah bidadariku sentiasa sihat. Sentiasa cantik. Sentiasa bahagia. Bahagiakanlah hatinya yang telah banyak berjuang dan berkorban dalam hidupku ini.



Berilah kami dapat berpegangan tangan sentiasa dalam dunia dan berpegangan tangan melangkah masuk syurga, dapat suap makan didunia dan suap menyuap dalam syurga. Saling mencintai didunia dan mencintai disyurga..

Benar orang kata berkahwin itu rezeki. Tapi syaratnya jaga perintah Allah dan menghargai pasangan. Hargai isteri. Hargai nikmat Allah bagi, ramai kita berkahwin tapi rezeki jadi sempit dan semakin tak bahagia sebab kurangnya rasa syukur pada Allah dan sifat menghargai. Itulah sifat iman..”



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen