Perkara Yang Lelaki Suka Dalam Diri Seorang Wanita Selain Rupa Paras Yang Menawan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Lelaki sememangnya menyukai seorang wanita yang menawan dan cantik dari pandangan matanya. Bukan hanya itu sahaja, kelakuan dan sifat yang baik juga akan menarik hati lelaki. Tetapi ada sahaja perkara lain yang mampu membuat seorang lelaki tertarik kepada wanita kerana ia adalah personaliti wanita itu yang tersendiri. Berikut adalah perkara yang disukai oleh seorang lelaki selain daripada rupa parasnya.



1. Gaya menikmati makanan.

Kadang kala tanpa sedar gaya seorang wanita menikmati makanan juga mampu membuat seseorang lelaki itu tertarik. Mungkin keikhlasan di wajahnya pada ketika itu yang membuat seseorang lelaki itu tertarik.

2. Gaya percakapan.

Bercakap ini kadang kala memerlukan keyakinan dan daya tarikan yang tersendiri. Barulah seseorang itu akan rasa ingin berbual lama. Dan melalui percakapan ini juga mampu membuat seseorang itu tertarik dengan anda.

3. Cara mereka mengawal emosi.

Emosi ini mempunyai pelbagai jenis, ada yang marah, sedih, bahagia, gembira dan pelbagai lagi. Wanita yang bijak sahaja mampu mengawal emosi mereka dengan baik tanpa perlu kerutan yang panjang.

4. Kepercayaan.

Wanita ini mudah memberi kepercayaan kepada seorang lelaki, tetapi tidak semua wanita begitu. Kepercayaan yang diberi biasanya apabila seseorang itu benar-benar mendapat tempat di hatinya.

5. Pendengar yang baik.

Ini adalah perkara yang paling disukai lelaki. Seorang pendengar yang baik ini biasanya mampu memikat mana-mana lelaki yang telah mengenali dirinya. Ia adalah satu kelebihan yang sukar diperoleh dalam diri seseorang.

Jangan kerana anda memiliki rupa paras yang menarik anda sudah mampu memiliki hati seorang lelaki. Mereka ini juga mementingkan keselesaan dalam diri berbanding keselesaan melalui pandangan. Rupa paras boleh dicantikkan tetapi menarik perhatian lelaki dengan mudah sukar untuk diperolehi.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen