Panduan Rahsia Membuat Si Dia Terus Merindui Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Walaupun hanya sekadar baru berkenalan, kemungkinan rasa keselesaan seseorang itu akan membuat mereka mencari anda. Tidak pun, apabila anda mampu memikat hatinya ia akan terus menunggu anda untuk mencarinya. Tapi bagaimana pula sekiranya anda membuat dirinya mencari anda terlebih dahulu kerana dirinya rindu akan anda. Mari ketahui caranya.



1. Pastikan si dia berasa selesa apabila anda berbual dengannya.

Langkah yang pertama adalah, memberi keselesaan kepada dirinya ketika anda sedang saling berhubung. Memberi kata-kata yang mampu menimbulkan keselesaan dan kepercayaan kepada diri anda. Barulah mereka akan mula mencari anda nanti.

2. Jangan sentiasa anda mulakan perbualan.

Walaupun anda merindui dirinya, jangan pernah anda cuba tunjukkan padanya. Jangan anda sentiasa menghubunginya ataupun meninggalkan mesej kepada dirinya. Kadang kala biarkan dia memulakan perbualan dahulu.

3. Jangan sentiasa anda untuk dirinya.

Anda perlu membiarkan dirinya mencari-cari anda. Jangan setiap mesejnya anda perlu membalasnya dengan cepat. Ambil masa sedikit sebelum membalas mesejnya.


4. Jangan tunjukkan perasaan anda.

Penggunaan ayat dan emoji juga boleh memperlihatkan perasaan anda. Jadi anda perlu berhati-hati dengan setiap penggunaan emoji. Jangan biarkan dia tahu bahawa anda sudah mempunyai hati dengan dirinya.

5. Berikan ruang.

Jangan tergesa-gesa untuk mendapatkan cintanya atau hatinya. Berikan sedikit masa agar dirinya tahu bahawa dirinya menyukai anda.

Jangan pernah luahkan rasa hati anda cepat mungkin. Lihat dahulu bagaimana tindak balas dirinya. Jika dirinya tidak bertindak seperti yang diharapkan itu bermakna dirinya tidak menyukai anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen