Bagaimana Wanita Mahu Mendapat Pujian Dengan Mudah Daripada Seorang Lelaki?

Tidak kira lelaki atau pun wanita, masing-masing menagihkan kata-kata pujian daripada pasangan. Ini kerana hanya dengan kata-kata pujian tersebut, ia mampu untuk menambahkan hormon oxytocin iaitu hormon keceriaan di dalam badan.

Namun sedemikian, hormon ini bertambah sekiranya kata-kata pujian tersebut daripada seseorang yang disayangi dan dicintai sahaja, kerana insan tersebut yang mampu menyambungkan chemistry antara mereka berdua.



Menurut kajian apabila seseorang menerima kata-kata pujian daripada orang lain, fikirannya menjadi tidak menentu untuk memikirkan apakah maksud pujian tersebut. Adakah ia jujur atau sebaliknya?

Sudah tentu daripada orang anda sayang chemistry pasti melonjakkan hormon oxytocin. Oleh itu…

1. Setiap kali mahu membeli pakaian atau asesori, tunjukkan kepada suami atau teman lelaki anda agar dia sedar perkara itu. Jangan harap mereka tahu dengan sendiri melainkan anda sendiri beritahu kepadanya.



2. Jika inginkan pandangan dia mengenai pakaian baru tersebut, carilah waktu yang sesuai. Iaitu semasa si dia selesai makan dan sedang bersantai merehatkan badan. Waktu dia tidak sibuk dengan tugasannya.

3. Hanya meminta pandangannya bukan meminta buat keputusan serius mengenai pakaian itu. Contoh,

“Sayang, saya nak minta pandangan abang je, bukan apa-apa, saya baru beli baju ni, nak kongsi dengan abang je”.

Jika percakapan anda menggambarkan dia perlu menyelesaikannya, kemungkinan si dia akan menjadi stress. Situasi ini akan menjadi parah, sekiranya si dia adalah seorang buta warna dan tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan.



4. Sila sediakan soalan objektif yang ada dua jawapan untuk si dia memiilih. Contoh;

“Abang, sesuai tak baju baru ni kalau saya nak pakai ke pejabat?.”

“Diantara baju merah ini dengan baju biru, yang mana abang suka?”

Jangan gunakan soalan subjektif yang memerlukan jawapan terbuka. Ini menyebabkan si dia menjadi stress juga. Contoh;

“Apa pandangan sayang baju baru ini?”.

5. Beri kucupan di pipi suami anda, atau mengucapkan terima kasih pada teman lelaki, jika si dia telah memenuhi kehendak emosi anda walaupun anda tahu yang dia buta warna dan mungkin dia sendiri tidak faham akan pujiannya tadi.

Selamat mencuba…



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen