Untuk Mengelakkan Suami Atau Isteri Ego, Bina Rumah Tangga Dengan Mawaddah.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan….” (Ar-Ruum:21)

Mawaddah secara teorinya bermaksud cinta atau harapan. Di dalam sebuah  pernikahan, cinta adalah salah satu aspek penting yang harus ada dan perlu ada pada pasangan suami isteri. Dan Mawaddah juga bermaksud sentiasa mencintai pasangan sama ada dikala senang mahupun sedih.



Mengenai pengertian mawaddah menurut Imam Ibnu Katsir adalah al mahabbah  (rasa cinta), di dalam tafsir al Alusi penulis mengutip pendapat Hasan,  Mujahid dan Ikrimah yang menyatakan mawaddah adalah makna kinayah dari  nikah iaitu jima’ sebagai konsekuensi dari pernikahan.

Menurut  Hasan Al-Basri, mawaddah adalah metafora dari hubungan suami isteri.  Jika rumah tangga adalah mesin, maka mawaddah adalah dinamonya.

Lalu, setiap pasangan yang mahu berkahwin dan bakal mengakhiri zaman bujang perlu tahu ciri-ciri hubungan yang berlandaskan Mawaddah, iaitu..



1. Saling memberi hadiah antara satu sama lain. Tidak perlu hanya menunggu majlis-majlis penting dan tertentu sahaja untuk memberi hadiah. Setiap kali teringat pada pasangan, belikan untuk mereka sesuatu walaupun hanya makanan sekalipun.

2. Jika pasangan sering teringat kisah silam dan kelemahan si dia, gantikan dengan mengingati kebaikannya pula. Jangan kaburi mata anda dengan satu kesalahannya, padahal terlalu banyak kebaikan yang dilakukan.

3. Sentiasa berkomunikasi dan saling terbuka. Berkongsi lah apa jua kisah sekalipun, dan yang lebih penting, jangan sembunyikan perkara-perkara yang bakal menyakiti hati pasangan contoh jika si isteri telah mengandung. Pastikan suami menjadi orang yang pertama mengetahui berita tersebut.



Pasangan perlu beringat bahawa Mawaddah adalah sebuah kelapangan dada untuk saling menerima kekurangan masing-masing. Seperti yang telah disebut di dalam Al-Qur’an..

“…Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu…”(Al-Baqarah: 187)

Suami isteri, antara satu sama lain harus lah saling menutupi kekurangan pasangannya dan berusaha untuk mempersembahkan yang terbaik.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen