Cinta Anda Sering Kali Ditolak Oleh Si Dia? Mari Ketahui Puncanya.

Oleh: Zuzu Yasmine

Rasa kecewa dan sakit hati apabila cinta yang ikhlas diberi kepadanya ditolak mentah-mentah tanpa rasa sedikit simpati pun. Pasti ramai yang mengalami perkara seperti ini. Sehingga tertanya-tanya apa silap dan kurangnya diri sehingga sukar seseorang untuk menerima. Mari cuba untuk perbaiki diri dahulu sebelum menyerahkan serta meluahkan hati dan perasaan kepada seseorang yang anda minati. Berikut adalah beberapa sebab mengapa cinta anda sering ditolak.



1. Kelihatan tidak bersemangat.

Anda tidak begitu bersungguh-sungguh ketika untuk memikat hatinya. Anda hanya melayaninya seperti rakan wanita yang lain. Anda tidak mempunyai pelbagai rancangan untuk membuat dirinya jatuh cinta dengan anda, selain hanya mengharap si dia membalas setiap mesej anda.

2. Kerap memaksa untuk sesuatu perkara.

Wanita tidak suka dipaksa oleh seseorang yang tidak menjalinkan hubungan cinta dengannya. Tindakan anda memaksa dirinya hanya akan membuat dia semakin jauh dari anda. kesabaran amat diperlukan untuk memikat dirinya.

3. Anda terlalu yakin.

Memiliki keyakinan itu perlu, tetapi jika keyakinan yang berlebihan itu hanya akan memakan diri anda sendiri. Cukup sekadar bersederhana ketika untuk mendapatkan hatinya. Jika berlebihan ia hanya akan membuat dirinya meluat terhadap anda.


4. Mempunyai tabiat yang tidak menyenangkan.

Cuba anda imbas kembali ketika anda berjumpa dengan pasangan-pasangan anda sebelum ini, adakah anda melakukan sesuatu yang mengubah air mukanya. Jika ya, itu bermakna anda telah melakukan satu perkara yang tidak menyenangkan dirinya.

5. Anda bukan cita rasanya.

Setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza. Anda tidak boleh memaksanya untuk menyukai anda sekiranya anda bukan cita rasa yang di cari olehnya.

Jangan terlalu tergesa-gesa dalam meluahkan perasaan. Adalah lebih baik sekiranya anda mengambil sedikit masa untuk mengenali dirinya. Bukan itu sahaja, ia juga memberi sedikit masa untuk anda dan dirinya faham akan perasaan masing-masing.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen