Lelaki Yang Bijak Memimpin Adalah, Yang Bijak Mengawal Emosi Wanita.

Perkongsian daripada seorang doktor yang hanya mahu dikenali sebagai anonymous ini, mengisahkan 2 pesakit yang mempunyai darah tinggi, dan dalam pada yang sama sedang mengandung, cuma pesakit yang kedua ini, berbeza dengan pesakit yang pertama.

Di mana, si suami hanya menurut kata-kata isteri, tetapi pesakit yang kedua ini mempunyai suami yang benar-benar mahukan isterinya sembuh sedia kala. Bijak menangani masalah apabila isteri menghadapi penyakit dan boleh mengawal emosi wanita.

"Puan, kena masuk wad ni. Tekanan darah tinggi sangat"

"Saya takmau masuk wad"

Suaminya di hadapan aku memujuk si isteri. Hingga isteri menangis depan aku dan suami. Aku lihat drama suami isteri ini dan menanti keputusan mereka.

"Awak masuklah wad. Anak kita kecik lagi. Kalau jadi sawan macam mana?"

Suami pandang aku pula.

"Memang kalau boleh saya pun takmau isteri saya masuk wad. Tapi saya pun takut doktor! Dengar pasal sawan semua tu"

Isteri yang sedang menangis seperti anak kecil yang tak mahu masuk wad, akhirnya akur dengan pujukan suami. Si isteri setuju dan suaminya memegang bahu si isteri.

Penting untuk kita memilih, siapa suami kita.

Suami Yang Boleh Memimpin, Suami Yang Boleh Memandu Terutamanya Emosi Perempuan Yang Adakalanya Tidak Menentu.

Seorang isteri yang bakal bergelar ibu sudah tentunya penat memikul tanggungjawab, pasti ada sahaja sejarah keluar masuk wad.

Oleh kerana itu, ketika emosi isteri menjadi tidak rasional, suami perlu memainkan peranan yang penting , memberi nasihat dan memimpin seluruh hidup suami isteri. Malah kuasa suami itu besar dan untuk menjadi nakhoda dalam keluarga.

Isteri pula dalam berdiri di sisi nakhodanya untuk meluruskan apa yang bengkok jika ada.

Jika nakhodanya bagus, akan terpimpin dan terpandu bahtera yang dibawa. Jika tidak bagus, bahtera itu boleh tenggelam dihempas ombak lautan! Kecuali jika si isteri juga power dalam menasihat suami untuk menjadi nakhoda yang lebih baik mengemudi.

Sebab itu naluri seorang lelaki, perlu ada sifat-sifat pemimpin, untuk pimpin isteri dan keluarga, untuk pimpim ummat ini. Pertamanya dia haruslah boleh memimpin diri sendiri.

Jadi, memilih suami ini bukan seperti memilih burger nak makan. Begitulah nak pilih isteri.

Tak apa orang kata kita memilih. Sebab kahwin ini bukan sekadar untuk memenuhi keperluan biologi dan emosi sahaja.

Maka pilihlah baik-baik, pilihlah mereka yang boleh memimpin diri mereka sendiri. Dan pertamanya kita juga harus kuat memimpin diri sendiri.

InsyaAllah once a person can lead themselves, may they can lead others.

“..Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…” (Ar-Ra’d:11)

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen