Binalah Keluarga Dalam Keadaan ‘Sakinah’.

Jika inginkan keluarga bahagia menurut islam maka bina lah keluarga dengan Sakinah, Mawaddah Wa Rahmah. Jadi kali ini menerangkan maksud sebenar keluarga ‘sakinah’.

Sakinah bermaksud kedamaian, ketenteraman, ketenangan, dan  kebahagiaan.



Dalam aspek perkahwinan, sakinah bermaksud membina atau membangun sebuah rumah tangga yang penuh dengan kedamaian, ketenteraman, ketenangan dan sering bahagia.

Dari sudut Al-Qur’an, Sakinah  yang berasal dari kata litaskunu (diambil dari kata litaskunu ilaiha dalam  Al-Qur’an surat Ar-Ruum, 30:21) sakana – Sakinah yang bererti Tenang, 

Allah SWT telah menciptakan perjodohan bagi manusia agar yang satu  merasa tenteram terhadap yang lain”

Keseluruhannya ‘sakinah’ ini bermaksud secara  sederhana dengan aman, tenteram, tenang dan saling melindungi. Isteri  dapat menjadi tempat berteduh bagi suami dan begitu juga sebaliknya.



Makna Litaskunu menurut Ibnu kastir : 

Lita’ Tafu : Saling mengikat hati (Al-Anfal : 63) Faktor ikatan  hati adalah iman, bukan harta, kedudukan, apalagi wajah seseorang.

Tamilu ‘Ilaiha : Lebih ke arah pikiran, perasaan dan tanggung jawab. Di mana ia adalah tentang kewajiban seorang isteri  taat kepada suami. Jadi, memasak, mencuci, dan lain sebagainya itu  bukanlah sebuah kewajiban, melainkan perbuatan dalam rangka ketaatan  pada suami.

Tadma’inubiha : Kamu merasa tenang dengannya. Secara sederhana sakinah adalah tenang dan tenteram .



“Rumahtangga yang perolehi 'Sakinah' adalah suami dan isteri, masing-masing LEBIH SUKA, GEMBIRA dan TENANG berada di rumah berbanding di luar rumah (sewaktu telah selesai urusan kerja & penting).

ANTARA tandanya, seseorang itu sentiasa segera ingin balik ke rumah sejurus selepas kerja, atau jika masih ada terluang sedikit, tanpa bertangguh lagi terus balik dan berazam siapkan sebahagian di rumah sahaja (walau mungkin tak siap juga), BUKANNYA lebih suka duduk di warung, kedai & menonton serta membuang masa (kecuali wujud hal penting seperti berniat erat hubungan sahabat etc).

Apa yang penting, rumah dan ahli keluarga dalam rumah dirasakan mampu menawarkan 'SAKINAH' ketenangan dan kebolehduduk di dalam rumah dengan selesa emosi. Jika itu belum dicapai, SEGERALAH melakukan muhasabah hubungan dalam keluarga ..”Dr Zaharuddin Abd Rahman-



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen