6 Perkara Asas Tentang Majlis Pertunangan.

Jika anda adalah anak yang pertama kahwin dalam keluarga atau mempunyai ibu bapa yang moden, 6 perkara ini diharap dapat membantu anda sekeluarga.



1. Mas kahwin, wang hantaran untuk majlis nikah.

Hal-hal ini selalunya dibincang dahulu sesama keluarga pasangan sebelum majlis pertunangan berlangsung. Selalunya pihak lelaki yang akan mengajukan soalan berkaitan ini dahulu dan pihak perempuan akan menetapkannya. Jadi, tidak adalah kekalutan atau rasa segan di majlis pertunangan nanti.

2. Cincin.

Bagi pihak lelaki yang datang daripada jauh, selalunya majlis merisik dan bertunang diadakan serentak. Jadi, mereka akan membawa dua cincin pada masa yang sama. Satu untuk cincin merisik dan satu lagi cincin pertunangan. Bagi pasangan yang rumah keluarga mereka tidak jauh, mereka selalunya mengadakan dua majlis ini secara berasingan. Kadang kala pihak perempuan juga ada menyediakan cincin untuk pihak lelaki. Cincin untuk bakal pengantin perempuan akan disarungkan oleh ibu bakal pengantin lelaki. Manakala bagi bakal pengantin lelaki pula, cincin akan disarungkan bakal bapa mentuanya.



3. Hantaran.

Hantaran untuk majlis pertunangan lebih kepada makanan. Kek, pulut kuning, puding, kek cawan, kuih, dan sebagainya, Ada juga yang memberi kain untuk persalinan nikah. Menurut kebiasaan, hantaran daripada pihak perempuan lebih banyak daripada pihak lelaki. Sebelum pihak lelaki berangkat pulang, barangan atas dulang hantaran ditukar ke dulang pihak lagi satu.

4. Jamuan makan.

Sebenarnya tiada peraturan dalam hal ini. Lauk campur makan tengah hari biasa pun sudah memadai.



5. Bakal pengantin lelaki.

Bila majlis sedang berlangsung, bakal pengantin lelaki selalunya duduk di luar dahulu. Apabila dipanggil baru turut sama menyertai majlis.

6. Kos majlis.

Kos majlis pertunangan kebiasaanya ditanggung oleh pihak perempuan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen