Setiap Suami Ada Satu Hobi Yang Dia Cukup Fanatik, Biarkan Dia Layan 'Me Time' nya Itu.

Oleh: Rafi

Setiap kali tiba hari Sabtu, suami mula bersiap-siap nak keluar. Mahu pergi sendiri tanpa bawa isteri bersama. Dulu waktu bercinta, tahu pula ajak isteri 'detim'. Bila dah jadi pasangan yang sah, ditinggalnya sorang-sorang. Isteri yang tak faham. Mula memendam rasa dan makan hati. Silap-silap bila suami balik terjadilah perang dunia ketiga.



Situasi sebegini sering kali dialami oleh pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Sebabnya, masing-masing masih dalam fasa saling mengenal. Isteri mencari kesempurnaan a.k.a suami sempurna di pandangan matanya. Lalu mengharapkan suami jadi seperti yang diharapkan. Sedangkan suami masih lagi dalam proses menerima dirinya sudah hidup berdua. Lelaki.memang lambat matangnya. Tindakan waktu bujang; berjalan sendirian, layan hobi dengan kawan-kawan tak dapat lagi dipisahkan. Dan isteri jangan sesekali halang 'me time' atau hobi suami anda. Jika dia mahu mengisi ruang kesukaannya itu. Benarkanlah. Ada suami yang hujung minggunya digunakan untuk mencari koleksi hobinya misalnya mengumpul gajet, permainan gundam, koleksi kereta hot wheels.



Yang kadang kala anda pun tak berapa nak faham dengan kesukaan suami. Kalau anda sama minat, ia jadi kelebihan sebabnya mungkin suami ajak keluar bersama. Jika anda masih tercari-cari maksud tersirat hobinya itu. Tak mungkin anda sanggup berjam-jam melayan, menunggu, menerawang suami membeli, membelek, berangan menikmati apa yang dia gemari. Kesudahannya bila anda penat meneman, anda merungut, mempertikai hobinya itu. Dan lelaki tidak gemar dengan kritikan. Terutama kritikan itu datangnya dari orang yang dia cintai. Lebih baiklah anda biarkan saja dia layan hobinya itu. Anda boleh kemas rumah dan memasak makanan kegemarannya. Bila dia sudah selesai, dia akan pulang ke rumah. Anda hidangkan apa yang suami suka. Wah.. bukankah berbunga-bunga hatinya. Seminggu sekali dia dapat berbuat demikian, sudah membahagiakannya.

Awas! Anda Perlu Meletakkan Batasan.

Suami ini pun sifatnya macam budak-budak. Makin dilayan makin naik tocang. Tapi kalau tak dilayan mulalah masam mencuka. Jadi letakkan syarat. Dia boleh ada 'me time' tapi seminggu sekali saja. Selebih 6 hari itu, isilah ruang cinta di dalam hatinya. Berikan padat-padat. Percayalah, sampai satu masa suami akan dapat menerima hakikat yang dia sudah berumah tangga. Dan ketika ini hobinya tidak lagi dilakukan sendirian, sebaliknya dia akan melibatkan anda juga. Sebabnya anda tidak pernah sekali mengongkongnya. Menggalak pun tidak, menghalang jauh sekali.



Apabila dia merasakan cinta dan kasih sayang isteri wujud dalam hatinya, 'me time' untuknya bukan lagi hobi yang perlu dilakukan sendirian, tetapi disuburkan bersama isteri tercinta. Jalina persefahaman ini takkan terjadi sekelip mata. Ia perlu melalui banyak fasa; rindu, bertingkah, merajuk, terluka dan kesemua ujian cinta ini memerlukan masa untuk anda fahami. Benar, mengenal hobi suami ada kalanya membuatkan kita jadi seakan jatuh nombor dua. Tapi membiarkan suami melayan hobinya akan mengangkat darjat anda di mata suami dan meletakkan sifat saling memahami dalam diri anda pada kedudukan yang paling tinggi di hati suami.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen