Janji-Janji Yang Dilakukan Oleh Lelaki Tetapi Gagal Dilaksanakan.

Oleh: Zuzu Yasmine

Lelaki gemar berjanji kepada gadis yang disukainya. Janji-janjinya itu biasanya akan membuat kekasih hatinya itu bertambah sayang dan percaya kepadanya. Sedangkan janji-janji itu hanya untuk mengaburi mata kekasihnya itu. Tetapi apa yang selalu dijanjikan oleh seorang lelaki? Berikut adalah janji-janji yang penah dibuat oleh seorang lelaki terhadap pasangannya.



1. Berjanji tidak memandang wanita lain.

Sudah tentu dia akan memandang wanita lain terutama mereka yang cantik. Agak mustahil untuk mereka menunaikan janjinya itu.

2. Berjanji tidak akan memikirkan bekas kekasihnya.

Tidak mengapa jika ia hanya bermain difikirannya. Hal ini kerana, orang itu merupakan orang yang terpenting satu masa dulu. Tetapi ia berjanji kerana tidak mahu anda ragu akan dirinya.

3. Berjanji tidak akan berubah.

Setiap orang pasti akan berubah. Itulah namanya kehidupan. Cepat atau lambat sahaja yang menentukan sikapnya itu.


4. Berjanji tidak akan berbohong.

Seorang lelaki akan berbohong apabila ia perlu menyelamatkan dirinya. Bukan hanya itu, ia juga berbohong kerana tidak mahu melukakan hati anda.

5. Berjanji akan sentiasa mengingati tarikh-tarikh penting.

Mereka akan berjanji untuk sentiasa mengingati tarikh penting buat anda berdua tetapi akhirnya mereka melupakannya. Kerana apa? Kerana mereka menganggap itu adalah perkara yang remeh.

Wanita ini selalu percaya dengan janji-janji yang ditaburkan oleh pasangan mereka untuk mereka. Tetapi apabila tidak ditunaikan ia akan mula mogok dan merajuk. Sedangkan ia tahu bahawa perkara-perkara itu terjadi tanpa sengaja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen