Suami Bukan Takut Bini, Tapi Menghormati Kehendak Isteri.

Sebagai seorang suami, tugas dan tanggung jawabnya bukan hanya membahagiakan si isteri, tidak juga hanya semata mata memperlakukannya dengan baik tanpa menyakitinya, atau melakukan kewajiban suami terhadap isteri , sebaliknya juga kewajiban isteri terhadap suami.



Lebih daripada semua perkara, seorang suami sentiasa diuji disaat si isteri melakukan kesalahan oleh kerana tidak dapat mengawal emosi.  Ataupun si isteri yang terlalu marah kepadanya kerana sesuatu hal, yang mungkin berpunca daripada kesalahan atau perasaan iri hati.

Tuduhan seperti ini pasti akan menyebabkan pertelingkahan antara suami dan isteri, lalu si isteri bakal derhaka kepada suaminya.

Para lelaki perlu tahu, wanita mempunyai peribadi yang lemah, dan terlalu melayan hati dan perasaan sehingga hal yang bersifat sensitif dan emosional akan terimbas kembali dalam memorinya. Seperti dalam hadith berikut :



“Wanita tidak akan mampu lurus selamanya. Jika kamu merelakannya meski ada kebengkokan itu, kamu akan bahagia bersamanya. Tetapi jika kamu memaksa meluruskan kebengkokannya, kamu akan membuatnya patah, iaitu perceraian.” (H.R. Muslim).

Dalam hadith tersebut menjelaskan bahawa, karakter wanita sememangnya keras seperti tulang rusuk yang bengkok. Jika sebagai suami, anda seperti memaksa untuk meluruskannya, maka hasilnya rusuk tersebut akan patah dan menyebabkan perpisahan dalam pernikahan.

Secara fakta, sudah terlalu banyak kes perceraian berlaku hanya kerana suami yang tidak dapat menghadapi kemarahan si isteri sehingga menimbulkan konflik. Jadi suami dan isteri itu saling memerlukan..



“Suami yang bergegas pulang tepat masa dikatakan 'takut bini', sedangkan dia bergegas pulang kerana hendak luangkan masa bersama isteri dan anak-anak…

Suami yang memasak di dapur dan jemur kain di ampaian dikatakan kena 'queen control', sedangkan dia dengan rela hati berkongsi tanggungjawab rumahtangga dengan isteri…

Suami yang mendengar cakap isteri dikatakan 'kena cucuk hidung' sedangkan kedua-dua suami isteri sering mendengar dan bertolak ansur demi keharmonian rumahtangga dan keluarga…

Zaman sudah berubah, mentaliti kita juga harus berubah. Cabaran keluarga dan anak-anak juga berbeza dari dulu. Suami dan isteri saling memerlukan dan mempunyai peranan masing-masing dalam keluarga dan rumahtangga. ..

Mereka yang berfikiran sebegitu sepatutnya lebih rasa malu dengan diri sendiri kerana masih terperangkap dalam gua.” - Noor Afidah Abu Bakar-


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen