Kenapa Anda Masih Ragu-Ragu Walaupun Sudah Bertemu Jodoh?

Anda seperti telah berjumpa dengan soul mate anda. Segala info dan latar belakang telah pun anda buat dengan teliti, malah telah membaca segala artikel tentang jodoh, dan semuanya pasti terkena batang hidung sendiri. Seolah-olah si dia sememangnya jodoh anda, dan anda pasti anda mampu hidup bersama dengannya.



Namun, jauh disudut hati pasti terdetik dan ragu-ragu, kerana kita hanya lah manusia biasa yang perlu bergantung pada Allah SWT.

1. Tidak melakukan Istikharah.

“Adakah si dia orangnya?”

“Adakah ini jodoh sepanjang hayatku?”

Selain itu, mungkin pelbagai lagi soalan yang akan bermain di fikiran anda yang anda sendiri tidak mampu menemui jawapannya. Disebabkan itulah ada orang mengatakan, perkahwinan itu satu pertaruhan. Tiada siapa yang berani memberi jaminan yang ianya akan kekal selamanya.

Oleh itu, tiada tempat lain seharusnya kita meletakkan pergantungan harapan melainkan kepada Allah SWT. Umum mengetahui Allah SWT lah yang memiliki hati kita dan hati calon pasangan kita tersebut.

2. Tidak mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Perkahwinan adalah antara perkara paling besar yang akan merubah kehidupan anda.  Perancangan teknikal seperti wang, tarikh dan sebagainya adalah penting namun perkara ini adalah jauh lebih penting. Siapa bakal suami atau isteri anda akan menentukan bagaimana kehidupan anda selepas ini.



Oleh itu, gunakan masa perkenalan tersebut untuk mendekatkan diri lagi kepada Allah SWT  Insya Allah apabila hati dekat dengan Allah, segala keputusan yang dilakukan diberkati dan diberikan kemudahan oleh Allah.

JADI ANDA HARUSLAH SENTIASA MEMPERBAHARUI NIAT.

Niat adalah kunci kepada segala perbuatan yang dilakukan. Ianya tidak perlu dilafazkan dengan kata, cukup dengan ianya kukuh berada di dalam hati. Jika niat tersebut semata-mata mencari keredhaan Allah SWT. Insya Allah setiap perkara akan dipermudahkan.



Walaupun begitu, niat itu terletak pada hati di mana sifat hati itu sendiri berbolak- balik. Kadang kala dengan berlalunya masa ianya mungkin berubah. Oleh sebab ini pasangan tidak digalakkan bertunang untuk tempoh masa yang lama. Ini kerana ia mungkin boleh menganggu hati dan juga ketetapan niat.

Untuk itu sangat penting untuk memperbaharui niat. Antara doa yang anda boleh amalkan ialah:

 “Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku pada agamaMu”

Doa di atas selalu diamalkan oleh orang-orang soleh sebagai mengikuti sunnah Nabi SAW yang selalu membacanya.  Insya Allah ianya benar-benar mujarab dalam menetapkan hati kita di atas agama dan jalan Allah seandainya dibaca dengan penuh tulus dan istiqamah.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen