Sudah Tiba Masanya Anda Tamatkan Hubungan Anda, Mengapa?

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang berhak untuk hidup lebih bahagia serta mempunyai hubungan yang bahagia. Bukan kerana, hubungan yang telah lama dibina menyebabkan anda sanggup bertahan walaupun hati anda terluka. Mengapa perlu korbankan diri sendiri? Sedangkan anda berhak untuk mendapat hidup yang bahagia. Mari ketahui mengapa anda perlu tamatkan hubungan anda.



1. Dirinya tidak belajar daripada kesilapan.

Apabila pasangan anda enggan belajar daripada kesilapan, itu bermakna dirinya ego. Dirinya merasakan tiada perubahan yang perlu dilakukan untuk perbaiki dirinya.

2. Kurang beri perhatian pada anda.

Anda tidak seharusnya bersama dengan seseorang yang tidak mengendahkan fikiran, perasaan dan pendapat anda. Anda perlu seseorang yang sentiasa bersedia mendengar anda.

3. Tidak bercakap mengenai masa depan.

Sepasang kekasih seharusnya bercakap mengenai impian serta masa depan bersama. Ini menandakan hubungan yang dibina itu mempunyai hala tuju yang diingini setiap mereka yang bercinta.


4. Sentiasa negatif.

Anda seharusnya bersama seseorang yang memberi tenaga positif, kegembiraan serta keceriaan dalam hidup anda. Sekiranya pasangan tidak lakukan yang demikian, itu bermakna dia bukan seseorang yang perlu anda berkongsi hidup.

5. Sering menipu.

Penipuan akan sentiasa berlaku dalam hubungan. Tetapi jika penipuan itu sering berlaku dalam hubungan anda, ia bermakna anda tidak perlu ada dalam hubungan itu lagi.

Kebahagian itu perlu dicari, bukan ditunggu dan dinanti. Ia juga bukan berharap seseorang itu akan berubah untuk ada demi masa depan yang anda harapkan. Bukan dirinya harapkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen