8 Alasan Kenapa Lelaki Lebih Gemar Memilih Janda.

Perawan atau janda..

Berlegar-legar lagu tersebut di dalam kepala, bukan? Padahal ramai sahaja wanita muda dan cantik-cantik. Anda boleh tengok sendiri gadis sekarang umur sekolah menengah pun sudah pandai bersolek bagai, terus nampak matang! Jadi kenapa janda juga jadi pilihan lelaki?



1. Menggoda.

Jangan main-main, janda sudah ada pengalaman, tidak perlu nak ajar macam mana cara nak goda suami. Kalau dapat yang jenis suka melawa, hari-hari dia bersolek untuk suami!

2. Sudah sedia.

Dalam segala apa pun mereka sudah bersedia untuk fokus dunia rumah tangga. Contoh mudah, bab anak. Tiada istilah 'tak nak anak lagi' sebab mereka lebih bahagia jika lelaki bahagia dengan anak-anak. Asal lelaki bantu dan tidak kedekut bab nafkah.



3. Mudah mesra.

Mereka lebih mesra dan akan jadi lebih ramah, malah tidak suka orang pandang rendah padanya atas 'sejarah lalu'. Jadi, tiada istilah sombong dengan keluarga atau kawan-kawan keluarga belah suami. Automatik dia pandai bawa diri.

4. Mahir menjaga.

Dah pernah kahwin, pastinya golongan janda lebih bijak menguruskan hal rumah tangga. Seharusnya mereka tak akan ulang kesilapan dalam hubungan suami seperti dulu. Nak pergi kerja atau balik dari kerja ada nasi siap lauk bawah saji. Kalau dengan anak dara belum tentu pandai masak ya. Silap-silap bangun pagi pun suami kejutkan.



5. Bijak mencari rezeki.

Bukan nak kata anak dara tidak pandai mencari duit tetapi pengalaman janda pernah berdiri di atas kaki sendiri menjadikan sebab utama golongan janda punya hati kental dua ganda berbanding orang bujang. Paling bagus, kerja apa pun tidak kisah janji duit masuk!

6. Tahu semua benda.

Masa jadi janda, merekalah ibu dan merekalah bapa. Jadi, pastinya mereka terpaksa tahu semua benda walau perkara itu patutnya hanya lelaki yang tahu. Senang nak jawab kalau anak-anak soal. Yang tak ada anak pun, pastinya lebih suka gali ilmu dan usaha sendiri dalam segala bagai hal.



7. Lebih menjaga penampilan.

Mereka cukup menjaga badan mungkin sebab nak nampak cantik walau status janda. Lebih pandai hargai body dan kesihatan untuk elak orang pandang rendah.

8. Kurang belanja.

Maksud belanja di sini ialah perbelanjaan kahwin. Standard anak dara sekarang nilai hantarannya mesti 10 ribu ke atas. Jarang janda mahu meletak harga mahal-mahal. Mereka lebih pandai berjimat dan target mereka adalah bahagia dan ada masa depan anak-anak.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen