Tanggungjawab Seorang Suami Adalah Untuk Menjaga Aib Dan Maruah Isteri. Ikuti Kisah Ini.

Baru-baru ini kita disajikan dengan video viral seorang lelaki merakam momen-momen isterinya sedang melahirkan seorang bayi. Maka tercetuslah kemarahan orang ramai, termasuk netizen yang telah menghamburkan kata-kata kesat.



Sebelum menulis dan bercakap tanpa berfikir, mari renungkan nasihat daripada Puan Intan Dzulkefli..

“Sebagaimana apabila wanita berpakaian ketat membalut seluruh tubuh berfikir dia telah menutup aurat, tetapi bagi sesetengah lelaki yang memandang, wanita itu bagaikan tidak memakai apapun…

Video itu, walau tak nampak aurat, tetapi dengan kedudukan isteri baring hendak bersalin, riak wajah sedang melahirkan, dibimbangi ia telah membuka ruang fitnah untuk si isteri. Apatah lagi dunia sekarang bersepah lelaki kaki porno, otak kuning & lemah iman yang melihat video sebegini dari sudut pandang yang jauh menyimpang…

Ada komen yang menulis dia terbayangkan alat sulit wanita tersebut setelah melihat video itu. Maaf saya malu nak kongsikan screenshot itu. Sebagai suami, kalian sukakah kalau ada lelaki yang komen sebegini di video bersalin isteri kesayangan kalian? Tak terasa seperti dayus ke?...



Sedangkan tanggungjawab utama suami ialah melindungi maruah & keaiban isterinya, apatah lagi pada waktu dia paling tak berdaya, berjuang antara hidup & mati…

Allah berfirman, maksudnya;

"...isteri-isteri kamu adalah pakaian bagimu & kamu merupakan pakaian buat isteri-isterimu." (Al-baqarah : 187)

Lihat kepada perkataan 'pakaian' di dalam ayat di atas. Kalau kita lihat, pakaian yang kita pakai seharian adalah untuk menutup keaiban, untuk menutup aurat, perihal yang sulit & rahsia yang hanya kita sahaja yang tahu. Namun kini dikongsi bersama insan lain atas ikatan mulia pernikahan.

Kita sebagai suami adalah penjaga kepada maruah isteri. Begitu juga dengan dia.



Alangkah manisnya jika kita sentiasa bermuhasabah akan pentingnya kesedaran ini.

Janganlah selepas ini dijadikan trend pula menyebarkan video isteri masing-masing sedang melahirkan anak. Tolonglah.

Banyak sahaja kes suami menyaksikan isteri beranak, tumpah darah, tetapi masih tetap curang, menzalimi isteri, memukul & menyakiti isteri. Hal ini mereka bukan melihat & menginsafi dengan mata hati. Mata hati mereka telah buta.

Apapun, saya tak bersetuju dengan komen membidas perlakuan tersebut dengan cara biadab. Sekiranya kita tidak bersetuju dengan sesuatu tindakan orang lain, tak perlulah hingga memaki, mencarut, membodohkan orang lain pula. Jagalah akhlak”

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen