Panduan Untuk Meredakan Kemarahan Wanita Dengan Hanya Kata-Kata.

Oleh: Zuzu Yasmine

Adalah normal apabila bergaduh dalam hubungan, wanita lah yang paling lambat untuk reda kemarahannya. Mereka ini biasanya hanya mahukan pujukan. Tetapi dengan beberapa kali pujukan pun masih juga tidak mahu mengalah lagi. Tetapi terdapat kata-kata yang mereka akan kalah dengan begitu mudah. Cuma ia perlukan cara dan nada yang betul. Berikut adalah kata-kata yang boleh anda gunakan.



1. “Apa yang awak mahu saya lakukan sekarang ini?”

Anda perlu bertanya kepada pasangan anda apa yang perlu anda lakukan untuk membuat perkara yang lebih baik. Dan anda perlu tahu apa yang boleh anda lakukan untuk membetulkannya.

2. “Saya minta maaf.”

Tunjukkan sedikit rasa rendah diri. Buktikan kepada pasangan anda bahawa anda mengakui kesalahan dan kekurangan anda sendiri; dan sentiasa bersedia untuk belajar dari kesilapan anda demi hubungan.

3. “Saya sayang awak.”

Anda harus memberitahu pasangan anda bahawa anda sayang akan dirinya. Tetapi bukan hanya untuk memujuknya sahaja, namun anda benar-benar maksudnya.


4. Berjanji tidak akan mengulangi lagi.

Cuba untuk bersikap terbuka sedikit. Biarkan pasangan anda tahu yang anda bersedia untuk berubah. Maka dengan itu anda bersedia untuk berjanji tidak untuk tidak mengulangi perkara itu.

5. “Bagaimana untuk kita berbaik semula?”

Sentiasa tunjukkan pada pasangan bahawa anda sedang cuba untuk memperbaiki hubungan. Anda perlu tunjukkan bahawa anda bersedia untuk memuaskan hatinya.

Wanita ini tidak susah sekiranya anda tahu cara yang betul untuk memujuknya. Tetapi yang penting, anda jangan pernah cuba untuk memanaskan keadaan pasangan anda. Biarkan mereka sejuk sedikit barulah anda pergi memujuknya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen