Serik Bergaduh Tentang Duit Dengan Pasangan? Hentikan 6 Perkara Ini.

Wang ringgit sering menjadi subjek utama di dalam pertelingkahan setiap pasangan. Tidak kira yang telah berkahwin atau pun yang belum berkahwin. Yang telah berkahwin sudah semestinya menjadi topik yang hangat seperti bagaimana untuk survive, berdikari dan tidak bergantung dengan sesiapa.

Pada yang belum berkahwin, topiknya pasti bagaimana untuk menyimpan untuk berkahwin kelak.

Bukan lah untuk tidak terus berbincang mengenai duit. Tetapi anda berdua perlukan ruang untuk tidak menjadi terlalu tertekan dan menyalahkan antara satu sama lain, jadi jom hentikan perkara dibawah supaya hubungan menjadi seimbang..



1. Elakkan bercerita tentang duit setiap masa.

Nak pergi travel? Perlukan duit berapa banyak? Nak pergi honeymoon, pasti mahal bukan? Nak pergi makan ke tempat yang mewah, tiada bajet pula. Nak cat rumah, cat mana yang murah? Terlalu meletakkan ‘harga’ pada setiap bualan, pasti terbantut dan merosakkan mood pasangan.

2. Terus berbincang hal perkahwinan yang grand.

Anda dan si dia baru sahaja berkenalan, contohnya sebulan. Apabila si lelaki tidak pernah menyentuh langsung tentang perkahwinan, wanita perlu elakkan daripada bercerita mengenai perkara tersebut secara terang-terangan pada keluarga. Tiba-tiba mahukan perkahwinan ala-ala selebriti tanpa mengetahui keadaan kewangan si lelaki.



3. Berkongsi atau memberi setiap ringgit pada si dia.

Kadang-kala kita sendiri pasti mempunyai barang atau makanan kegemaran untuk dibeli, bukan? Jika anda seperti memberi semua duit kepada pasangan, tetapi tiada untuk diri sendiri, perkara yang tidak diingini akan berlaku. Khuatir anda akan mengungkit kisah ini pada masa hadapan, seperti anda menyalahkan bahawa dia lah penyebab duit anda habis dibelanja.

4. Hanya seorang sahaja yang menguruskan hal kewangan.

Elakkan hanya salah seorang daripada anda berdua menguruskan hal kewangan dan bajet, jangan lakukan sendirian khuatir syaitan akan menggoda pula untuk menipu pasangan. Bincang bersama dengan pasangan tentang kos-kos yang perlu ditanggung bersama.



5. Tiada bajet langsung.

Anda berdua terlalu boros. Si wanita tidak henti-henti shopping barang mekap manakala lelaki pula berhabisan duit untuk kereta. Bagaimana untuk menyimpan jika kalian berdua tidak matang dalam menguruskan kewangan? Apabila sudah shopping berhabisan, pasti akan bergaduh kerana tidak cukup duit.

6. Menyimpan rahsia.

Perkara yang paling penting dan cliché adalah apabila pasangan berahsia tentang perbelanjaan. Seperti point nombor 4, oleh sebab itu anda jangan memberi peluang pada diri sendiri atau pasangan untuk menguruskan perbelanjaan keseorangan. Ajak berbincang terutama pada yang telah berkahwin. Jangan berbohong pada suami atau isteri, kelak hubungan yang terbina bukan di atas kepercayaan lagi.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen