5 Bahasa Badan Yang Menunjukkan Dirinya Menyukai Anda.

Oleh: Zuzu Yasmine

Baik lelaki mahupun wanita pasti mengalami kesukaran untuk meluahkan isi hati mereka melalui kata-kata. Mereka juga akan berasa malu jika isi hati mereka itu ditolak oleh orang mereka sukai. Walaupun, orang yang disukai itu mempunyai perasaan yang sama. Jadi bagaimana untuk mengetahui jika seseorang itu suka akan kita. Apa lagi kalau bukan dengan bahasa badan. Anda juga boleh meluahkan rasa hati anda dengan menggunakan bahasa badan anda. Berikut adalah enam bahasa badan yang menunjukkan dirinya menyukai anda.



1. Apabila berbicara mereka akan memandang mata anda.

Dia ingin melihat anda dengan lebih mendalam. Dia juga mahu anda tahu akan keikhlasan dirinya di samping untuk memberi keselesaan kepada anda ketika berbicara. Dan yang paling penting, dia mahu anda percaya bahawa dirinya tidak menyembunyikan apa-apa termasuk perasaannya sendiri.

2. Mudah tersenyum apabila berada di sekitar anda.

Kehadiran anda membuatnya gembira. Ia sangat jelas apabila ia mula menunjukkan senyuman yang paling manis untuk anda. Senyumannya juga tidak sama seperti dirinya senyum dengan orang yang lain.

3. Dia bermain-main dengan anda atau bergurau.

Apabila dia mula mendekati anda, dia mula untuk mengembangkan keakraban fizikal dan emosinya. Ia juga menunjukkan bahawa dirinya berasa selesa dengan anda. Di samping itu, dia mahu anda berasa gembira apabila di sisinya.


4. Menjadi kalang kabut apabila melihat anda.

Dirinya tidak akan merasa selesa apabila melihat anda di hadapannya. Ia seolah-olah mahu menyembunyikan perasaannya. Tetapi pada masa yang sama mereka terlalu teruja melihat anda.

5. Gerak badan yang tidak terkawal.

Boleh jadi ia akan melentukkan kepalanya ke arah anda. Ataupun, pergerakan kaki ketika sedang duduk. Mahupun pergerakan jari ketika berharapan dengan anda. Segala-galanya menunjukkan dirinya gementar apabila berhadapan dengan anda.

Namun begitu, tidak semua orang akan mengambil kisah akan bahasa badan seseorang melainkan dirinya juga mempunyai perasaan yang sama. Mereka ini juga kadang kala cuba untuk mengawal dan bertahan agar perasaannya tidak mudah di tangkap oleh seseorang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen