Jadilah Wanita Syurga Yang Istimewa Seperti Tokoh-Tokoh Muslimah.

Sepanjang sejarah Islam begitu banyak tokoh muslimah yang wajar dicontohi keimanan dan ketaatan kepada Allah SWT. Siapa yang tidak kenal dengan Khadijah, Fatimah, Maryam dan Asiyah? Mereka bukan sahaja tubuh wanita yang hebat malah wanita yang namanya tercatat dalam kehidupan di dunia, syurga selama-lamanya dan sehingga bila-bila pun.

APAKAH KEISTIMEWAAN YANG ADA PADA MEREKA?

1. Mereka memahami kehidupan tetapi tidak mencintainya.

Jadilah seperti Khadijah..

Yang sentiasa mendampingi Rasulullah SAW dalam menegakkan Islam...

Menjadi isteri yang menenangkan di kala suaminya diuji dan berasa tidak mampu...

Menjadi perawat yang melegakan kegundahan hati Rasululalh SAW dan  sentiasa menyakinkan Baginda untuk tidak berasa takut dengan sentuhan, kata-kata serta kasih sayangnya...

Memahami situasi yang dihadapi Rasulullah SAW dan lantas menjadi penasihat dan pemujuk...

Menginfakkan semua hartanya kepada perjuangan Islam. Bukan sahaja dengan jiwa, beliau turut memberikan segala yang dimilikinya untuk Islam yang begitu dicintainya...



2. Mereka adalah wanita yang menjaga kehormatan.

Jadilah seperti Maryam Binti Imran yang menghiasi kehidupannya dengan sangat mentaati Allah SWT. Kesenangan dunia tidak diendahkan dan hanya mengabdikan diri pada Allah SWT siang dan malam...

Menjaga kehormatan dirinya dengan menjaga diri dari sekecil-kecil perbuatan maksiat...

Menikmati hidupnya dengan ketakwaan dan tidak memuaskan kehendak wanitanya yang selalunya gemarkan bercantik- cantik dan berdandan...

Redha dan yakin pada Allah SWT kerana telah melahirkan zuriat tanpa suami...

Taatnya pada Allah SWT kerana keyakinan dan keimanannya...



3. Mereka sangat warak dan teguh iman.

Jadilah seperti Asiyah..

Seorang yang teguh pendirian dengan kebenaran...

Menjaga kemuliaan diri dengan akhlak yang baik dan terpuji, tatkala di sekitarnya dipenuhi dengan kederhakaan...

Mampu bertahan dalam keimanan sewaktu suaminya menjadi penghalang utamanya...

Beliau tidak gentar dengan meneruskan kepercayaan dan keyakinan terhadap Islam, sehingga Allah SWT menghadiahkan beliau sebuah rumah untuknya di syurga seperti yang dijanjikan...



4. Mereka menjalankan tuntutan agama dan amalan sunnah.

Jadilah seperti Fatimah binti Muhammad...

Wanita yang sentiasa berjuang dengan tugasan wanitanya...

Berkhidmat sepenuhnya dengan tenaga mereka sebagai ibu dan isteri yang mengerjakan kerja-kerja di rumah...

Melawan rasa lelah mengadun tepung, menimba air serta mengurus anak-anak...

Beliau tidak berkeluh kesah melakukan rutinnya itu....

Jadilah seperti mereka sebagai muslimah sejati dengan menjadi seorang isteri solehah, anak yang taat, muslimah yang cekal dan ibu yang membimbing. Semoga setiap wanita Islam menjadikan mereka sebagai idola dalam menjalani kehidupan sebagai muslimah sejati di dunia.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen