Bagaimana Untuk Mendapatkan Barakah Di Dalam Perkahwinan?

Setiap pasangan pastik mendambakan perkahwinan yang barakah kerana untuk bertambahnya kebaikan dalam sebuah kehidupan berumahtangga. Malah ia menjadi kunci kejayaan bagi sebuah rumahtangga untuk hidup bahagia bersama dan berkekalan.



Walaubagaimanapun, barakah dalam pernikahan itu misteri dan rahsia, kerana kita pasti tidak mampu untuk menjawab ketika ditanya ;

“APAKAH PERNIKAHAN ANDA DIBERKATI?”

1. Niat.

Untuk apa kita berkahwin? Sudah mantapkah persiapan diri? Bagaimana menentukan calon?

Bagaimana proses dalam perkenalan, pernikahan, hingga proses setelah akad nikah??

Tatkala niat awal telah cacat, kunci utamanya rosak. Akibatnya, berkahwin bukan lagi ibadah. Bahtera perkahwinan tidak berjalan sebagaimana awal disyariatkannya.

Berkahwinlah kerana Allah SWT. Bernikahlah dengan sunnah Rasulullah SAW.



2. Proses.

Proses perkenalan anda dan si dia seperti tempat ditemui? Bagaimana anda berdua berkenalan? Adakah semuanya berlandaskan syarak Islam.

Setelah pertemuan pertama, apakah yang anda lakukan? Bergegas berjumpa ibu bapa atau terus mencuba menghampiri si dia dan bersentuhan?

Jika merasakan diri masih tidak layak untuk berkahwin ketika itu bagaimana kesungguhan anda untuk memperbaiki diri hingga layak berkahwin dengannya?

Apakah anda benar-benar memohon berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan pernikahan dengannya atas nama cinta kepada-Nya? Jangan sampai, sentuhan pertama di saat pertama kali bersalaman selepas akad nikah seperti tiada apa kerana sudah terbiasa berpegangan tangan, berpelukan sebelum pernikahan lagi.



JADI BAGAIMANA MUNGKIN ADANYA BARAKAH DALAM PERNIKAHAN YANG DICEMARI DENGAN PERKARA SEBEGINI? PROSES YANG DICEMARI MAKSIAT DAN DOSA.

3. Akad Nikah dan Walimah.

Bertanyakan pada diri sendiri, adakah anda mendoakan keberkatan melimpahi bahtera perkahwinan sahabat itu, ketika menghadiri majlis perkahwinan mereka?

Bayangkan anda pula adalah pengantin pada walimah di hari bahagia tersebut, adakah tetamu anda mendoakan keberkatan buat anda dan pasangan di dalam majlis tersebut?

Bagaimana memastikan jumlah mereka yang mendoakan anda itu bukanlah sekadar beberapa orang daripada ratusan malah ribuan tetamu jemputan?

Padahal, doa barakah itu yang paling utama. Doa-doa itulah yang menjadi salah satu sebab disyariatkannya walimah dan anjuran untuk menghadirinya. Malah perlu dilihatkan dengan hiburan yang melalaikan ketika majlis walimah.

Adakah pengerusi majlis bijak mengawal keadaan agar tidak menyalahi syarak dalam berhibur?

DI SINILAH PERANAN PENGERUSI MAJLIS WALIMAH, UNTUK SENTIASA MENGINGATKAN TETAMU UNTUK MEMPERBANYAKKAN DOA UNTUK PASANGAN YANG BARU BERNIKAH.



 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen