Wanita Tidak Suka Pasangannya Lakukan 5 Perkara Ini. Jom Ketahui.

Oleh: Zuzu Yasmine

Lelaki mudah memikirkan bahawa seorang wanita itu berhati lembut, sensitif dan mudah tersinggung. Anda seharusnya berhenti untuk memikirkan perkara itu. Hal ini kerana, wanita pada masa ini lebih berani dan cekal. Namun begitu mereka ini bukan seseorang yang sempurna. Mereka ini masih berkecil hati terhadap perkara yang remeh. Tetapi pada masa yang sama, orang lelaki juga akan merasa perkara yang sama apabila di tempat mereka. Berikut adalah beberapa perkara yang wanita tidak suka pasangannya lakukan.



1. Memandang rendah terhadap dirinya.

Lelaki sememangnya kuat secara fizikalnya, tetapi wanita pula kuat dari segi mentalnya. Maka anda tidak boleh memandang rendah terhadapnya hanya kerana tidak mampu mengangkat sesuatu barang. Jika mereka mampu, pasti mereka tidak perlukan anda.

2. Lambat membalas mesejnya.

Anda membiarkan dirinya menunggu balasan mesej anda. Sedangkan pada ketika itu anda sedang berada di dalam talian. Ia akan membuat dirinya merasakan anda curang. Walaupun anda hanya sibuk melayani rakan-rakan anda.

3. Berharap membelanja anda.

Seorang lelaki tidak akan mengharap wang seorang wanita. Anda seharusnya menunjukkan sifat gentlemen anda pada ketika ini. Jika anda mengharapkan wangnya, maka ia akan kelihatan sangat bergantung pada dirinya.


4. Membatalkan temu janji di minit terakhir.

Seorang wanita memerlukan masa yang lama untuk bersiap. Maka dengan membatalkan temu janji anda, ia akan membuat dirinya rasa membazir menggunakan masa dan barang makeupnya untuk bersiap. Anda tidak menghargai usahanya.

5. Memandang gadis lain apabila bersamanya.

Wanita tidak suka akan saingan. Jika anda memandang wanita lain itu bermakna dirinya mempunyai saingan dan anda adalah lelaki yang tidak boleh dipercayai. Ia akan membuat dirinya ragu-ragu terhadap hubungan kalian.

Wanita ini hanya mahukan anda setia dan sayang pada dirinya. Ia juga mahu anda tidak mengecewakan dirinya dengan perkara-perkara yang remeh. Mereka mungkin memberikan anda senyuman termanis walaupun hati mereka kecewa. Maka dengan itu cuba untuk fahami mereka dengan baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen