Berkat Solat Istikharah Dan Nikmat Cinta Singkat Temukan Adam Corrie Dengan Isterinya. Jom Ikuti Kisah ini.

Memeluk agama Islam pada 2007, Adam atau nama sebenar Lee Choon Kooi, seorang yang begitu 'gentleman'. Apa tidaknya, baru kenal 3 hari seorang wanita, dia terus melamar untuk dijadikan isteri.

Dia yang sudah lama berkahwin berkongsi pengalamannya bagaimana bertemu jodoh dengan bidadari cintanya, Fazi Fuad. Dalam perkongsian melalui video yang ditonton lebih 1 juta itu, Adam berkata sebelum itu dia mendapat jemputan dari Allah untuk mengerjakan umrah.



Ketika di sana, Adam diberi peluang ke Raudhah dari Zuhur hinggalah Asar. Dalam jangka masa itu, dia tidak lepaskan peluang berborak dengan Rasulullah SAW. Walaupun menurutnya orang di sebelah anggap dia gila kerana Rasulullah sudah wafat. Tetapi Adam tidak peduli kerana ketika itu dia duduk betul-betul di hadapan Raudhah.

“Saya sembang macam biasa. Saya anggap Rasulullah SAW masih hidup di sebelah pintu itu. Saya berkata pada Rasulullah: "Ya Rasulullah saya datang seorang. Saya tiada teman dan tiada jodoh. Boleh ke saya datang tahun depan bawa seorang isteri”.

Itulah antara bait percakapannya pada Rasullullah. Selepas balik dari mengerjakan umrah, dua minggu kemudian dia mendapat panggilan dari seorang teman yang mahu kenalkan dirinya dengan seorang wanita.



“Dia beri saya nombor telefon seorang 'awek' dan saya kemudiannya telefon. Saya kenalkan diri saya Adam dan saya ajak dia dating. Namun dia memberi syarat nak dating tak boleh di luar tetapi kena di rumah kakaknya,” ujar Adam bercerita detik perkenalan dengan bidadarinya.

“Tiga hari kemudian, pada 3 Ramadhan, Adam telefon dan propose saya jadi isterinya. Selepas lamaran saya tak terus bagi jawapan sebaliknya buat solat istikharah dan solat hajat….”

“Bila semuanya dah ok, saya juga mintak izin ibu bapa untuk tahu sama ada betul atau tidak jodoh ini. Mereka juga turut buat solat istikharah dan alhamdulillah memang itu jodohnya walaupun kami tak saling mengenali. Allah sudah tetapkan memang itu jodoh saya dan terima lamarannya.”celah Fazi yang turut berada di sisi Adam



Dua minggu kemudian pada Nuzul Al-Quran, Adam meminang isterinya itu dan itu adalah kali kedua mereka bertemu. Menurut Adam, selepas dia melamar isterinya, dia ada buat solat istikharah, minta pada Allah kerana niat nak kahwin kerana Allah Taala.

Mereka berdua bertemu buat kali ketiga adalah pada hari akad nikah. Dan kini setelah 10 tahun bersama, akhirnya isteri Adam hamil dan dijangka bersalin pada Julai hadapan.

Sungguh indah detik percintaan mereka berdua. Perkenalan begitu singkat dan masih kekal bahagia hingga sekarang.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen