Mengapa Seorang Wanita Itu Masih Belum Bersedia Untuk Berkahwin?

Oleh: Zuzu Yasmine

Wanita yang mempunyai keinginan tersendiri serta bercita-cita tinggi biasanya akan mengalami kesukaran dalam persediaan untuk berumah tangga. Mereka bukan tidak mahu berkahwin, tetapi lebih memilih untuk memenuhi keinginan dirinya. Bukan hanya itu sahaja, terdapat beberapa perkara lagi yang menyebabkan seseorang wanita itu masih belum bersedia untuk berkahwin. Berikut adalah sebab-sebabnya.



1. Lelaki sempurna belum sampai.

Ini adalah perkara yang paling utama bagi seorang wanita. Bagi mereka, lelaki yang sesuai untuk diri mereka masih lagi belum tiba. Mungkin juga masa yang sesuai itu belum tiba, sebab itu mereka masih tidak menjumpai lelaki yang sempurna untuk diri mereka.

2. Tanggungjawab terhadap perkara lain.

Bukan hanya lelaki sahaja yang mempunyai tanggungjawab, wanita juga sama. Mungkin mereka mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga, ibu bapa ataupun kerjaya mereka. itu yang mereka lebih memilih untuk menyempurnakan tanggungjawab dahulu berbanding untuk berkahwin.

3. Masih tidak bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri.

Mereka ini masih inginkan masa untuk diri mereka sendiri. Mereka tidak mahu rasa tidak bersedia itu menyebabkan mereka tidak mampu untuk menjadi isteri yang baik. Maka dengan itu mereka perlukan sedikit masa.


4. Kerjaya yang lebih penting.

Bagi mereka pada masa ini adalah lebih sesuai jika untuk mencapai apa yang mereka cita-citakan. Bukan itu sahaja, mereka rasa mereka perlu mencapai satu kejayaan yang memuaskan sebelum menjadi seorang isteri.

5. Status kewangan yang tidak memuaskan.

Kewangan amat penting untuk kehidupan. Maka dengan itu, mereka beranggapan mereka perlu mengukuhkan kewangan mereka dahulu sebelum berkahwin. Jika sudah berkahwin, kehidupan mereka akan jadi lebih terikat.

Wanita bukannya memilih kadang kala. Tetapi mereka hanya perlukan masa untuk mencapai apa yang mereka mahukan. Di samping mereka menunggu seseorang yang sesuai untuk diri mereka. Jadi jangan merasakan wanita itu memilih.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen