Masih Adakah Lagi Wanita Yang Mempunyai Perbelanjaan Rendah Dan Tidak Membazir? Jika Ada, Jangan Lepaskan Si Dia.

Zaman millennial pasti sukar untuk mencari wanita yang tidak berbelanja tinggi. Malah semua perbelanjaannya hanya lah untuk perkara penting sahaja,seperti makan, kereta, rumah sewa dan keluarga. Hal-hal remeh seperti facial, spa, manicure, pedicure, treatment rambut seperti tidak di ambil kisah.



Masih ada lagikah wanita sebegitu? Apakah ciri-ciri wanita yang tidak suka membazir? Jom baca…

1. Minat menyimpan wang.

Mempunyai saving dan tidak membazir membeli barang mekap di Sephora, malah apabila teman lelaki mahu membelikannya hadiah, pasti si dia akan menjawab “Tak payah lah membazir je, lebih baik simpan untuk kahwin”

2. Tidak kisah makan di restoran yang bukan hipster.

Trend sekarang memang ramai anak muda remaja gemar makan di restoran hipster, air hot chocolate sehingga mencecah RM10 segelas, padahal boleh order milo panas di kedai mamak dalam RM2.



Jika wanita yang bekerjaya sekalipun, pasti teragak-agak untuk mengeluarkan duit yang banyak jika makanan tersebut mudah didapati dan masak sendirian. Jimat.

3. Tidak kisah naik kereta second hand.

Si dia yang memiliki kereta second hand, pasti tidak segan juga untuk menaiki kereta second hand anda. Buat apa nak malu, asal kan ada pengangkutan sendiri untuk kemana sahaja. Bukan pinjam kereta orang lain sehingga lupa untuk pulangkan. Itu lagi malu!

4. Tidak meminta hadiah mahal.

Setiap kali hari lahir, si dia tidak meminta hadiah diluar kemampuan anda. Malah si dia bersyukur jika anda mampu mengingati hari lahirnya sahaja. Bukan hadiah mahal yang dipinta, hanya perhatian dan ‘I Love You’ yang si dia mahukan.



5. Kenduri kahwin yang sederhana.

Si dia mahukan kenduri yang sederhana sahaja dan bukan Wedding Of The Year, yang penting perbelanjaan selepas pernikahan. Hantaran pun untuk berang keperluan sahaja, tidak perlu bag branded. Ijazah untuk minta kerja, bukan untuk minta hantaran RM30K.

6. Tidak minta untuk holiday sebelum kahwin.

Sama ada sendirian atau dengan secara berkumpulan, si dia tidak meminta untuk bercuti dengan anda sebelum berkahwin. Mahukan sweet momen hanya lah selepas berkahwin sahaja, nak overnight setiap hari pun tak kisah.



7. Bergaji rendah.

Dan yang paling penting, si dia tidak kisah jika teman lelakinya bergaji rendah dan menerimanya dengan hati terbuka. Yang penting dapat lelaki yang jenis bertanggung jawab, tidak malas dan bukan kaki pukul. Malah boleh hidup susah senang bersama, dan mampu memperbaiki kelemahan masing-masing.

8. Tidak kisah pakai baju yang sama.

Wanita gemar membazir membeli pakaian untuk majlis-majlis tertentu. Kenduri pakai baju ni lah, yang ni untuk majlis makan malam. Ni khas untuk kerja sahaja, nak dating tak boleh baju yang sama. Malu lah nak pakai baju yang sama je. Tetapi si dia tidak kisah memakai baju yang sama berulang kali, katanya selesa dan jimat. 



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen