5 Cara Menjaga Dan Menghargai Cinta Pasangan Anda Yang Setia.

Oleh: Zuzu Yasmine

Seseorang kekasih yang setia ini kadang kala perlu diberikan penghargaan dan imbuhan yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan kepada kita. Bukan kerana, pernah melakukan salah tetapi ia lebih menghargai pasangan dan menjaga cinta mereka agar setia terhadap diri anda. Ada yang beranggapan perkara ini remeh dan tidak penting. Tetapi ia adalah perkara yang penting dalam perhubungan. Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk menjaga dan menghargai cinta dari pasangan anda.



1. Memuji dirinya.

Pujian ini sememangnya mengembirakan sesiapa sahaja. Maka dengan itu jangan pernah kedekut untuk memuji pasangan anda. Ia akan membuat dirinya rasa dihargai oleh anda. Puji sahaja apa yang membuat dirinya senang dan anda tidak berpura-pura lakukan itu.

2. Kerap katakan sayang.

Mungkin bagi anda dengan menjalinkan hubungan dengannya cukup menunjukkan anda sayang akan dirinya. Sedangkan ucapan sayang itu perlu diungkapkan walaupun jarang sekali. Ia adalah untuk menunjukkan bahawa anda sangat menyayangi dirinya. Bukan itu sahaja, ia juga untuk membuat dirinya mempercayai anda.

3. Dengarkan dirinya.

Dirinya mungkin menyimpan banyak perkara mengenai anda. Maka dengan itu tidak salah sekiranya anda mula untuk tahu di mana kurangnya anda. Minta dirinya luahkan apa yang kurang mengenai anda dan anda harus dengar tanpa melenting. Ia juga sebenarnya membantu dirinya meringankan apa yang terbuku di hati.


4. Jangan lakukan keganasan terhadap dirinya.

Sesetengah orang tidak mampu mengawal kemarahan sehingga melakukan keganasan. Bukan itu sahaja, kata-kata kesat juga mampu melakukan hati seseorang. Maka dengan itu elakkan untuk lakukan keganasan sama anda melalui fizikal, emosi dan mental.

5. Cuba untuk setia kembali.

Jika anda melihat dirinya begitu patuh dan setia untuk anda, apa kata anda lakukan perkara yang sama. Cuba untuk setia kembali kepadanya adalah perkara yang akan membuat dirinya senang.

Kadang kala kita merasakan hubungan itu sememangnya perlu setia, tetapi ia juga perlu datang dari kedua-dua belah pihak. Bukan hanya pihak anda atau dirinya sahaja. Dan setiap kesetiaan yang diberikan oleh pasangan itu, anda perlu menjaga dan menghargainya dengan baik.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen