Tak Sabar Nak Kahwin? Anda Perlu Tahu 7 Fasa Ini, Untuk Mengelakkan Konflik Pada Masa Hadapan. (Bahagian 2)

“Duhai suami ciptalah syurga buat isterimu di dunia ini andai impianmu ingin menjadikan dia bidadarimu…kerana mengertilah bidadari tidak hadir di neraka!!”-Anizanwar-

Ini adalah sambungan daripada bahagian pertama..

5. Fasa Hanya Anda Berdua Sahaja.

Fasa dimana anak-anak sudah membesar, menamatkan pengajian dan memulakan kehidupan mereka sendiri iaitu komitmen sebagai induk keluarga semakin berkurangan. Ketika inilah pasangan dikatakan mempunyai ruang yang lebih luas dan selesa untuk kembali menghidup dan meraikan cinta dan alam perkahwinan mereka. 



Dan fasa inilah anda mula fokus untuk menghadiri majlis ilmu bersama, menunaikan haji dan umrah atau melancong ke luar negara.

6. Fasa Kejatuhan.

Setiap pasangan pasti akan mengalami fasa ini dimana, hidup anda dilanda cabaran yang diluar jangkaan dan tiada siapa yang tahu. Hanya Allah SWT yang mengetahuinya. Anda bakal mengalami masalah kewangan, kesihatan yang kronik, kerjaya atau perniagaan yang merudum atau kehilangan orang tercinta.

Kerana itu pentingnya pergi ke majlis ilmu, dan mendalami ilmu agama dan kekeluargaan sejak daripada awal pernikahan lagi. Dan perlu lah mengekalkan aktiviti ini untuk sampai bila-bila.



7. Fasa Kesempurnaan.

Atau Fasa Completion di mana perjalanan semasa menusuri alam perkahwinan itu adalah daripada hasil KETEKUNAN, KEBERANIAN , KEYAKINAN JUGA KETEGUHAN SERTA KOMITMEN pasangan yang tidak berbelah bahagi.

Mereka akur memilih bahagia, mereka berani menjemput bahagia dan mereka juga bertanggungjawab untuk mencipta bahagia kerana mempunyai hala tuju yang sama iaitu menuju ke hubungan yang barakah pada pandangan Allah SWT.

Firman Allah dalam Surah Ar-Rum 30; Ayat 21 :

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen