Tanda-Tanda Rakan Baik Anda Menyukai Diri Anda Dalam Diam.

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap orang pasti mempunyai rakan baik yang berlainan jantina. Rakan yang akan menjadi tempat curah rasa hati apabila tiada yang dapat memahami. Bukan itu sahaja, mereka ini jugalah yang setia dengan anda daripada perkenalan sehingga kini. Segala sikap dirinya anda begitu fahami. Anda hanya menganggap dirinya rakan baik tetapi dirinya pula sebaliknya. Mari ketahui sekiranya rakan baik anda menyukai anda dalam diam.



1. Meletakkan telefonnya apabila bersama dengan anda.

Apabila bersama dengan anda, dirinya tidak memeriksa telefon bimbitnya. Ia lebih menumpukan anda. sekiranya dia melihat telefon bimbit, dia hanya melihat perkara yang penting sahaja. Tidak pun dia menjawab atau membuat panggil atas urusan tertentu.

2. Dia orang yang pertama mesej anda pada waktu pagi dan orang yang terakhir pada waktu malam.

Dia sentiasa mahu dirinya menjadi orang pertama dan terakhir dalam hari anda. Ia juga mahu membuat anda memerlukan dan memikirkan dirinya. Dia juga sengaja ingin memberitahu anda bahawa dirinya tidak pernah bosan untuk bersama anda.

3. Sentiasa memulakan perbualan.

Anda tidak perlu menunggu dirinya untuk menelefon atau menghantar mesej kepada anda. Dirinya sentiasa ingin bercakap dengan anda seperti dirinya ingin bercakap dengannya. Dia juga sentiasa akan menghantar mesej kepada anda untuk memberitahu anda dirinya memikirkan anda.


4. Memastikan anda selamat.

Dia mungkin tidak selalu hadir secara fizikal, tetapi dia selalu mahu tahu akan keadaan dan keselamatan anda. Dia mahu melindungi anda dari sebarang bentuk bahaya, sama ada fizikal atau emosi. Dia peduli dengan perasaan anda dan dia tahu keselamatan anda sangat penting baginya.

5. Berusaha mengenali anda dan keluarga dengan lebih baik.

Dia cuba mendekati diri dan keluarga anda. Dia akan berasa senang hati dan mudah mesra apabila bersama keluarga anda. Dia akan cuba mendapatkan perhatian daripada ibu bapa anda.
Bukan itu sahaja, ia juga sengaja mengambil kemesraan itu agar anda melihat dirinya.

Dia tidak akan membuka rahsia hatinya kerana takut ditolak dan kehilangan anda. Tetapi dia cuba membuat anda terpikat dan menerima dirinya secara perlahan. Dia tidak akan memaksa tetapi dia mahu terus di sisi anda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen