Panduan Untuk Mengukuhkan Hubungan Dengan Melalui Kiriman Mesej.

Oleh: Zuzu Yasmine

Pada zaman modern ini, pelbagai teknologi yang sedia anda yang mampu membantu mengeratkan lagi hubungan. Bukan itu sahaja, dengan teknologi ini juga, ia memudahkan pasangan untuk berinteraksi secara sosial antara satu sama lain. Ia mampu melepasi masa dan tempat serta jarak yang membuat pasangan itu sentiasa anda satu sama lain. Berikut adalah beberapa panduan untuk anda mengukuhkan hubungan dengan melalui kiriman mesej.



1. Menghantar mesej pada waktu pagi.

Apa kata anda cuba untuk menjadi yang pertama dalam minda pasangan anda. Cuba cari peluang menghantar mesej padanya waktu pagi, bagi menunjukkan bahawa dirinya adalah orang yang pertama anda fikirkan pada waktu pagi. Bukan hanya itu sahaja, ia juga mampu membuat dirinya memikirkan anda.

2. Menjadi yang terakhir pada harinya.

Ia sama sahaja seperti item di atas, tetapi anda akan membuat dirinya memikirkan anda sebelum tidur. Di samping itu membuat dirinya tersenyum ketika tidur.

3. Menetapkan sempadan ketika bermesej.

Sesetengah orang tidak kisah sekiranya pasangannya menyatakan perkataan-perkataan kasar ketika membalas mesejnya. Ada juga yang tidak. Tetapi anda perlu tahu bagaimanakah pasangan anda itu. Agar dirinya rasa selesa ketika bermesej dengan anda.


4. Jangan menghantar mesej yang terlalu panjang.

Tidak salah untuk menghantar mesej yang panjang. Tetapi jangan panjang seperti karangan. Ia akan membuat pasangan anda bosan untuk membacanya. Cuba membalas dengan satu baris ayat ke satu baris ayat yang lain. Ia akan membuat pasangan anda lebih mudah untuk membaca dan memahami.

5. Elakkan menghantar kata-kata sindiran.

Sindiran ini mengelirukan. Seseorang itu tidak mampu mentafsirkan bagaimana nada yang betul yang cuba disampaikan di dalam mesej itu. Elakkan lakukan perkara ini demi berlaku salah faham antara kedua-dua belah pihak.

Berkomunikasi melalui mesej ini bagus, yang tidak bagusnya apabila berlaku ketidakselesaan ketika anda dan dirinya bermesej. Ia akan mampu merenggangkan hubungan anda tanpa anda sedar. Maka dengan itu, anda seharusnya lebih berhati-hati.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen