Boleh Memohon Kebenaran Berkahwin Secara Online? Jom Ikuti 8 Langkah Mudah Ini.

Sebelum memulakan langkah perlu DIINGAT! Permohonan Kebenaran Berkahwin Online pada masa ini hanya meliputi permohonan yang dibuat di NEGERI SEMBILAN, MELAKA, PERLIS, KEDAH, PERAK DAN WILAYAH PERSEKUTUAN sahaja. Bagi negeri lain anda perlu ke Pejabat Agama Daerah terdekat untuk buat permohonan kebenaran berkahwin secara manual.



Perkongsian mudah dari Nur Madihah...

1. Layari www.sppim.gov.my dan klik menu Benar Nikah Online pada bahagian kanan anda.

2. Kemudian daftar sebagai permohonan baru. Langkah ini hanya perlu dilakukan seorang sama ada bakal pengantin lelaki atau perempuan. Permohonan kebenaran berkahwin boleh dibuat dalam masa 3 bulan sebelum tarikh nikah dan hendaklah dibuat jika:-

-Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan(Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan),



-Salah seorang pasangan dari negeri yang menggunakan SPPIM,

-Kedua-dua bakal mempelai dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi mahu buat akad nikah di negeri SPPIM.

3. Pastikan borang online dah dicetak dan ditandatangan oleh imam masjid kariah dan ada cop untuk mengesahkan borang kebenaran nikah tu. Jangan lupa bawa beberapa dokumen penting lain ke Pejabat Agama berserta borang online yang dah dicetak dan disahkan tadi. Perlu bayar RM15 seorang dan RM30 jika keduanya berasal dari negeri yang sama.



4. Selepas seminggu, pihak lelaki boleh tuntut borang kebenaran tersebut dan beri pula pada pihak perempuan untuk isi (ini untuk pihak perempuan yang dari lain daerah). Jika berasal dari daerah yang sama, boleh hantar terus kepada imam masjid kariah untuk pengesahan majlis akad nikah.

5. Jika pihak lelaki berasal dari negeri lain, pihak perempuan perlu bawa borang lelaki yang dah disahkan ke Pejabat Agama daerahnya dalam tempoh sebulan sebelum nikah. Selepas seminggu boleh tuntut semula borang kebenaran nikah tadi dan beri pada imam masjid kariah untuk akad nikah.



6. Selepas akad nikah, kadi atau imam akan beri surat perakuan nikah sementara. Pasangan WAJIB SEMAK KEMBALI NAMA DAN SEGALA MAKLUMAT PERIBADI YANG TERTULIS. Sijil Nikah DIBUAT di Pejabat Agama di daerah PEREMPUAN okay? KENAPA MESTI DAERAH PEREMPUAN? SEBAB IKUT LOKASI AKAD NIKAH.

7. Bawa surat nikah sementara(original dan fotocopy), IC suami isteri dan IC wali. Boleh dituntut damalm masa sebulan atau selepas bergantung pada negeri masing-masing.

8. Apabila dapat sijil boleh terus buat kad. Kena bayar RM40 untuk yuran proses kad nikah tersebut untuk dua orang (suami isteri). Sebelum pergi boleh semak dokumen apa yang perlu dibawa bersama semasa mohon kad nikah berkenaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen