Antara Manfaat Berkahwin Pada Usia Yang Muda.

Berkahwin pada usia yang muda, kita hanya dengar kisah ketika zaman nenek moyang dahulu. Seawal 17 tahun sudah berumah tangga, dan mendapat anak yang pada usia yang awal. Kita pun akan lihat, ramai cucu nenek ini hanya kerana mereka berkahwin awal dan mampu mempunyai anak yang ramai.



Sebab tu orang-orang tua selalu cakap “Masa usia muda ni lah jangan takut nak anak ramai, sebab tenaga masih kuat, lain tenaga dan kudrat wanita yang telah berusia”

Zaman sekarang, lelaki dan wanita ada sahaja yang takut berkahwin pada usia yang muda kerana bimbang tidak dapat menjalani komitmen bersama. Dan ada juga khuatir jika tidak cukup duit untuk menyara bakal isteri. Jadi, jom ketahui antara 5 manfaat yang anda dapat jika berkahwin pada usia muda…

1. Elak dari perbuatan terkutuk.

Perkahwinan di usia muda sememangnya baik kerana ia dapat membendung banyak perkara buruk dari berlaku di kalangan remaja. Ia dapat mengelakkan dari pasangan yang sedang dilamun cinta terlanjur perbuatan dan sekaligus mengurangkan kes pembuangan bayi.



2. Tuntutan agama.

Mendirikan rumah tangga seumpama kita mendirikan sebuah masjid. Ia adalah satu tuntutan agama yang disarankan dalam Islam. Hubungan percintaan digalakkan untuk mempercepat urusan pernikahan jika sudah cukup syarat dan layak untuk berkahwin.

3. Mematangkan diri.

Perkahwinan sebenarnya boleh mematangkan diri seseorang apabila mereka ada rasa tanggungjawab dengan pasangan yang mereka nikahi. Ini kerana perhubungan yang diijab kabulkan secara sah dapat menimbulkan sikap untuk menjaga pasangan hidup kita dan lebih ke arah kekeluargaan.



4. Memperbaiki diri.

Sah sahaja ikatan perkahwinan, ia bukan hanya dapat mematangkan diri kita. Malah, ia dapat memperbaiki diri kita untuk menjadi seorang yang lebih baik. Sering kita dengar di kalangan remaja berusia 18 hingga 24 tahun selalu mempunyai masalah sosial. Jadi, perkahwinan di usia muda dapat mengubah diri dan sikap ke arah yang baik.

5. Elak fitnah.

Sering kali kita mendengar dan melihat pasangan kekasih berusia muda pergi bercuti bersama-sama tanpa ikatan yang sah. Bak kata orang, tidak manis jika dilihat orang. Apa kata nikahi sahaja orang yang anda sayang secepatnya. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan terlanjur, malah juga mengelakkan fitnah dan perkara yang tidak diingini.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen