Cara Untuk Mengetahui Jika Pasangan Ikhlas Terhadap Anda Atau Tidak.

Dalam hubungan percintaan, sudah kebiasaan wanita gemar menguji teman lelaki mereka. Seperti menguji kesabaran mereka, kesetiaan malah keikhlasan hati terhadap mereka. Mereka sememangnya mahukan teman lelaki yang sentiasa sabar dan telus dalam hubungan, untuk dibawa sehingga ke jinjang pelamin.

Ketika ini lah mereka berani mengatakan untuk hidup bersama, hidup semati. Jadi, dengan cara bagaimanakah untuk mengetahui jika lelaki tersebut ikhlas dengan anda?...



1. Perhatian.

Salah satu mencari pasti ketelusan seseorang adalah perhatiannya. Suarakan perkara penting yang terjadi dalam hidup anda dan lihat apakah si dia mahu tahu lebih lanjut atau sebaliknya. Jika tiada sebarang reaksi atau reaksi yang diberi tidak seperti yang anda inginkan, jadi anda perlu bijak menilai sama ada si dia penat atau memang sengaja tidak mahu mengambil tahu.

2. Kesetiaan.

Cerita sahaja mengenai rahsia anda dengan teman baik anda pada si dia. Dan lihat jika pasangan anda memberi sebarang komen atau sebaliknya. Seseorang yang telus, tidak akan melayan cerita tersebut malah, merasa keberatan mendengarnya kerana apa yang anda maklumkan kepada si dia adalah rahsia teman lain. Pasti si dia mahu setia mendengar kisah anda seorang sahaja.



3. Kebanggaan.

Seseorang yang ikhlas atau telus dalam perhubungan akan menumpang bangga dan kagum dengan prestasi anda. Perhatikan pula, adakah si dia mendekati diri anda tatkala menerima berita baik? Bukan hanya saat anda ditimpa musibah? Jika si dia mendekati anda hanya ketika anda susah, sekadar melafaz simpati dan tanpa usul penyelesaian, jelas sudah, si dia hanya mahu meraikan detik kejatuhan anda sahaja!

4. Kejujuran.

Jika benar mereka adalah seorang yang jujur dan telus terhadap anda, pasti tiada rahsia antara kalian berdua. Mereka juga sering memaklumkan perihal yang mungkin anda tidak mampu dengari, hanya kerana ingin berkongsi cerita.



5. Pengorbanan.

Apakah si dia rela mengorbankan sesuatu jika dia mampu membuatkan anda berasa senang? Sanggupkah si dia mengorbankan kesenangannya sendiri demi kebahagiaan anda? Perhatikan apakah si dia memasang rencana untuk membantu anda atau si dia mendahulukan atau berusaha menyelamatkan kepentingannya sendiri.

Jika semua jawapannya positif, ini bermakna si dia ikhlas dengan anda.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen