Kajian Menunjukkan Yang Pasangan Jarang Bergaduh Boleh Hidup Lebih Lama.

Oleh: Rafi

Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagikan tergigit. Mana mungkin pasangan suami isteri tidak pernah bergaduh di dalam melayari bahtera rumah tangga bersama? Namun begitu, jika kami menyatakan perkahwinan tanpa banyak pertelagahan akan membuatkan umur lebih panjang, bolehkah anda bertolak ansur dengan pasangan? Menurut laporan DailyMail, kajian mengenai kehidupan perkahwinan telah dijalankan selama 20 tahun dan ia menunjukkan pasangan yang jarang bergaduh kekal sihat sehingga ke tua dan hidup jauh lebih lama dengan mereka yang kerap bertelagah dengan pasangan mereka.



Menurut kajian itu lagi, kebanyakan mereka yang bergaduh adalah disebabkan oleh masalah kewangan dan mertua. Pasangan yang bahagia dikatakan akan melakukan segalanya bersama seperti masak dan makan makanan yang sihat bersama, berjalan setiap petang bersama kerana lebih mengambil berat antara satu sama lain. Pasangan bahagia membuatkan mereka kurang tertekan yang membuatkan mereka tidak merokok atau mengambil minuman keras serta meninggalkan segala tabiat buruk yang membahayakan kesihatan. Sekiranya menghadapi sebarang masalah, pasangan yang bahagia akan sentiasa berada di sisi memberi sokongan dan ini boleh mengurangkan tekanan. Kajian itu turut menunjukkan, perkahwinan yang tidak bahagia meningkatkan tekanan darah pasangan dan melemahkan daya imun seseorang.


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen