Apa Yang Anda Perlu Lakukan Jika Pasangan Menduakan Anda?

Curang adalah antara salah satu perkara yang membuat hubungan pasangan bercinta menjadi berantakan. Tiada siapa yang mahukan perkara tragis ini berlaku di dalam hubungan mereka. Sebagai manusia biasa sudah tentu tidak lari dari kesilapan hanya kerana gagal mengawal hawa nafsu mereka sendiri.



Curang sering kali menjadi topik utama, dan orang penting yang selalu menjadi punca adalah lelaki. Ramai wanita menuduh lelaki yang mudah curang kerana mereka terlalu mudah memberi cinta pada wanita lain yang terlalu kesunyian, dan ini menyebabkan mereka memandang remeh pada poligami.

Seorang lelaki memandang enteng pada poligami kerana mereka tahu kuasa veto terletak pada tangan mereka dan termasuk talak juga. Ini terjadi sekiranya lelaki itu kurangnya ilmu agama. Mereka mahu berpoligami hanya kerana mereka MAMPU DARI SEGI HARTA, TETAPI TIDAK MENGAMBIL TAHU CARA UNTUK ADIL PADA SEMUA ISTERI JIKA BERPOLIGAMI.



Jadi, apa yang wanita harus lakukan jika tahu mereka telah diduakan oleh suami atau teman lelaki mereka…

1. Bertenang.

Perkara yang paling penting wanita harus lakukan adalah cuba untuk bertenang. Tarik nafas dengan dalam dan hembus dengan perlahan-lahan. Tutup mata seketika dan elakkan mengeluarkan kata-kata yang penuh amarah dan kesat. Ini kerana emosi wanita ketika ini sangat tidak stabil.

Jika perkara sebegini terjadi untuk kali pertama, berikan mereka peluang untuk menebus kesalahan tersebut dan perhati perkembangan hidup mereka.

Jika anda sudah berkahwin, usah maki hamun atau tengking depan anak-anak. Pastikan anda berdua berada di dalam keadaan yang sangat privasi.



2. Bertanya.

Setelah anda dapat bertenang dengan cara di atas, cuba pula untuk berbincang dan tanya dengan nada suara yang tenang dan meyakinkan. Tanya pada mereka, adakah ini semuanya salah anda yang menyebabkan si dia menduakan diri anda?

Cuba berfikir sebelum bertindak, dan belajar untuk memahami apa yang tersirat di dalam hati lelaki selama ini.

3. Jangan salahkan diri sendiri.

Jangan letak kesalahan seratus peratus ke atas bahu anda dek kerana si dia yang curang. Tetapi cuba anda berfikir secara rasional dan anggap yang anda berdua salah dalam perkara ini supaya anda boleh fikir logik. Letakkan kesalahan sama rata pada anda berdua 50-50.



4. Keputusan jangan ikut emosi.

Tiada wanita di dalam dunia ini yang sanggup untuk berkongsi kasih. Jika sanggup dimadukan hanya peratusan yang kecil sahaja, itu juga berkemungkinan besar mempunyai ilmu agama yang tinggi dan lakukan demi Allah SWT.

Tetapi ia bukan lah alasan untuk anda berdua berpisah, bincang dengan pasangan tentang hal ini dengan cara dewasa dan matang.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen